Pisang









Aku memang seorang peminat pisang. Tapi, bapak aku berkali ganda minat pisang dari aku. Selalunya kat rumah, satu ikat pisang tu sekali hadap je dia makan. Dan semalam aku berjaya merakam aksi bapak aku makan pisang. Haha comel gila.

Cuti aku start hari ni. Aku dah kat Tapah pon. Balik awal sebab Ahad ni abang aku nikah kat Ipoh, rumah tunang dia.

Rasa pelik nak menerima kakak ipar ni. Sebab selalunya abang aku ni aku punya je. Sekarang ni bila nak kena share dengan orang lain, rasa pelik.

Humpph.

Cuti ni aku berazam nak masak nasi kerabu. Sebab semalam aku makan nasi kerabu dekat kedai depan rumah aku kat Bangi, tak sedap langsung. Nama kedai tu Yati Ayam Percik.

Abang pon cakap tak sedap nasi dia. Tapi kalau aku buat nasi kerabu, aku tak de bahan yang nak jadikan nasi tu biru.

Sobbsss.

Siapa ada pembiru tu sila poskan kat Yan? Boleh? Hehehe.

Ok lah. nanti aku update lagi blog. Nak cerita pasal pengalaman jumpa bakal mak mertua hari sabtu lepas. Cuak kot. Tapi tak nak cerita sekarang.

Bye!







Comments

Post a Comment