Persoalan Terjawab (updated)




Perbincangan diantara aku, Nazir dan Timah telah menimbulkan beberapa tanda tanya. Adalah dua tiga soalan yang masih belom terjawab.

Dan tadi aku meng-Google untuk mecari
apakah hukum bagi seorang wanita Islam untuk meluruskan rambut (rebonding) ataupon mengkerintingkan rambut (perming). Aku terjumpa jawapan bagi persoalan ini dan aku nak kongsi bersama pembaca-pembaca yang lain.

Kekeliruan yang lain telah dijawab oleh Ustaz Hazamzaem Husin, lecturer Islamic Studies aku di MMU.

Berikut adalah email diantara aku dengan Ustaz
Hazamzaem Husin:

Zuriani Yusof to hazamzaem.husin

Assalamualaikum.

Ustaz saya ada sikit benda nak tanya. Sebab saya dah rasa was-was dalam benda ni. Kalau tak silap saya, dalam Islam kalau kita mengubah ciptaan tuhan untuk tujuaan kecantikan adalah haram kan? (betulkan sekiranya saya tersilap). Jadi soalan-soalan saya ialah:

1. Apakah hukum jika kita bertindik telinga dan hidung? Sebab bertindik tujuan nya adalah untuk kecantikan, dan bila kita bertindik kita telah mengubah ciptaan asal anggota badan bukan? Jadi saya was-was apa hukum bertindik di dalam Islam.

2. Apakah hukum meluruskan rambut atau mengkerintingkan rambut. Sebagai contoh, sekiranya rambut asal saya kerinting dan saya luruskan menggunakan teknik rebonding, adakah ianya berdosa?

3. Apakah hukum menginaikan rambut? Dalam pengetahuan saya, inai adalah tidak berdosa selagi tak inai warna yang sama dengan warna asal rambut. Benarkah? Dan berinai jari, adakah dibenarkan dalam hukum Islam.

Saya harap ustaz dapat menjawab soalan-soalan saya. Terima kasih ustaz.


Hazamzaem Husin to me

Wslm.

Pada perinsipnya mengubah kejadian Allah adalah haram, tetapi dalam kes Siti Zulaikha adalah diharuskan kerana wajahnya menakutkan tanpa dibuat pembedahan.

1. Diharuskan bertindik kerana bertindik bukan mengubah wajah. Hanya tambah aksesori untuk mencantikan diri di depan suami.

2. Diharuskan juga untuk membuat teknik rebonding kerana ianya tidak kekal. Lepas beberapa ketika rambut asal akan muncul semula. Yang diharamkan adalah yang sekiranya ianya berbentuk permanent.

3. Menginaikan rambut adalah diharuskan bagi lelaki dan perempuan, bukan seperti menghitamkan rambut (haram). Manakala inai dijari adalah adat masyarakat Melayu yg tidak bertentangan dengan Islam.

Wassalam.

Ada kawan-kawan aku tanya soalan pasal bertindik:



MaJa said...

point number 1 tue. ko kena tanya ustaz ko. kalau saya belum kahwin apa hukumnya

tmah said...

ok yan, da terjwb soklan kita...tp point maja tu btol jugak...sbb setgh org da bertindik dr kecik...cmne tu?...


Untuk soalan Maja dan Timah pasal bertindik tu. Ustaz kata "kalau belum berkahwin maka simpanlah bertindik itu di dalam tudung"

Hurm aku rasa jawapan Ustaz untuk bertindik telinga.



Comments

  1. point number 1 tue. ko kena tanya ustaz ko. kalau saya belum kahwin apa hukumnya.

    ReplyDelete
  2. k. yan, tanya jugak kalau, apa hukumnya dah kaler rambut p2 nak hitamkan balik. erk. ke mmg dah dosa kaler rambut? sbb i pon x sure sbb ada orang ckp kalau dah pernah kaler rambut then nak colourkan hitam balik, mcm berdosa. thankx yan. bye!

    ReplyDelete
  3. hurm inai boleh sayang. tapi tak boleh nak inai rambut sama warna dengan warna asal rambut. meaning if rambut u hitam, n then u inai hitam, berdosa la. n dye rambut tu memang confirm2 la berdosa sebb permanent

    ReplyDelete
  4. ok yan, da terjwb soklan kita...tp point maja tu btol jugak...sbb setgh org da bertindik dr kecik...cmne tu?...

    ReplyDelete
  5. tu la kita da email ustaz tu, nnti tunggu dia reply email kita.

    ReplyDelete
  6. kenapa perkara ini menjadi persoalan at the first place wak? hehe

    ReplyDelete
  7. oh sebab masa kita lunch tadi kawan india kita tanya pasal hukum tindik, inai n rebonding ni. kawam kita tu mmg suka tanya pasal agama. so tadi bila dia tanya, kita mcm tak ley nak jawab. so macam frust.

    ReplyDelete
  8. yan,itu ustaz i jugak masa 2nd sem!! hehe :)

    ReplyDelete
  9. oh ustaz tu suke bercerita dalam kelas. lol

    ReplyDelete
  10. o my, br rebonding tempoh ari. terkejut gak tgk. kus semangat.

    ReplyDelete
  11. haha tak pe. tak berdosa pon. tapi mahal la! nak jugak try

    ReplyDelete
  12. btl k rebonding x berdosa???
    kalau tang yg permanent 2 cmne plk???
    ade k yg xpermanent dgn permanent??
    bkn k klu kte g salon ckp nk rebonding die wt rebonding terus je???
    confius2..
    hrp dpt membantu...

    ReplyDelete
  13. akak..sya poning nie...sebnarnya rebonding ni halal ke haram...saya dah cari merata dah...siap ada surah nabi lagi yg megatakannya adalah haram..kecuali diizinkan suami....plez help me..

    ReplyDelete
  14. hehe rujuk balik la apa jawapan ustaz tu.

    "Diharuskan juga untuk membuat teknik rebonding kerana ianya tidak kekal. Lepas beberapa ketika rambut asal akan muncul semula. Yang diharamkan adalah yang sekiranya ianya berbentuk permanent."

    tapi kalau dengan niat nak tunjuk2 dekat orang, tak pakai tudung, jadi berdosa juga akhirnya.

    ReplyDelete
  15. Perbuatan bertindik (telinga berlubang) itu bukan ke dah terang-terang tebuk lubang kat telinga, perbuatan tersebut dah dikira sebagai mengubah ciptaan tuhan. Lain la anting-anting tu magnet, tak tebuk lubang. Kita lahir-lahir Allah kasi tubuh badah 100% sempurna, bila time mati nanti nak jumpa dia tinggal 98% je sebab telinga dah berlubang

    ReplyDelete
  16. Bukan kah tindik tu dah tebuk lubang telinga, terang-terang dah ubah ciptaan tuhan? apa yang tak ubah ciptaannye ustaz tu cakap?

    ReplyDelete

Post a Comment