Muffin Itu Sedap!



Aku tak tahulah apa masalah aku ni. Cepat bosan bila study. Lepas tu mulalah tangan aku gatal nak buat itulah, inilah.

Kalau kat UM bila aku bosan study, aku pi start engine rayau-rayau gi Bangsar. Kalau kat Melaka bila aku bosan, aku pi ketuk bilik housemates ajak gossip. Kalau kat Cyber bila aku bosan study, aku dah mati kutu. Nak lepak, mamak confirm takde 'pemandangan yang menarik'. Nak pi KL, kereta pulak takde. Hoyoyo!

So mulalah aku merapik-rapik usha YouTube la, download lagu la. Tapi kali ni, aku merapik edit gambar pulak. Nah inilah hasilnya.





Sebelom


Selepas



Aku sebenarnya da lama dah nak buang perkataan 'Sweet blog' tu. Sebab aku rasa blog aku ni takde la manis mana pon. So tadi, aku pi la dok removed menatang tu. Ok la kot kan? Takde ah nampak semak sangat.





Sebelom


Selepas




Lepas tu, bila da habis edit cik burung tu, aku da start sangap balik. Nak kacau Yun, dia tengah seronok dok YM dengan sape ntah. So aku mulalah gatal tangan. Mula-mula ingat nak tukar sume template. Gagaga. Lepas tu cam, haih malas la pulak. Penasihat aku pon bila aku buzz dia senyap je. So aku malas la pulak nak buat major makeover tanpa dia. Lalu aku ambil keputusan untuk edit header. Ok tak? Ok la tu kan.

Lepas tu aku tambah YM kat tepi tu. Aku tengok kat page kawan aku macam cool je benda tu. Lepas tu aku cilok la idea dia. Jangan marah ya Arena! Tapi aku macam tak berkenan dengan warna biru kat bawah kotak YM tu. Tak matching dengan theme blog aku ni. Tapi tak boleh nak tukar pulak. So redha je la.

Huih da dekat pukol 8am. Aku kena tidor ni. Kang aku nak pi jumpa adviser aku, nak register courses untuk next sem. Gagaga.

Doakan aku bangun yer! Nanti kena sekeh pulak dengan adviser aku.

Selamat Tido Hoyeaah!





* Mesti korang tertanya-tanya tu tangan sape kan? Haaa, tu tangan si Asip. Hahaha! Muffin tu nampak sedap kan? Tu perisa pisang. Favorite aku la tu.

* Penasihat aku gi potong rambut, padan la tak online. Dia kata dia potong rambut sampai pendek takat jari kelingking. Lepas tu dia suh aku imagine sendiri macam mana rupa rambut baru dia. Haha! Apa kau ingat aku ni Alice in Wonderland ke? Tahap imaginasi aku tak setinggi itu ok.



Comments

  1. syg..bkn boleh tukar ke warna biru tu? LOL

    ReplyDelete
  2. @ fayadh; tq!!

    @ arena; lol ye ke? hoyo nnti gi edit la

    ReplyDelete
  3. kalau bosan lepak la kajang..hahah..sbb kajang apis ade..hahaha

    ReplyDelete
  4. aku rasa lepas nie elok ko tukar gambar tgh gosok gigi pulak..

    ReplyDelete
  5. asal gosok gigi oh? tak lepas ni aku nak tukar gmabr aku tengah bakar ayam

    ReplyDelete
  6. saya suka vanilla muffin.
    simple & perfect :D
    btw, i likeeee you header :D

    ReplyDelete
  7. kita tak pernah makan lagi vanilla muffin. Kalau g Kenny mesti makan banana. hehe

    btw, tq mirah!!!!

    ReplyDelete
  8. hi yan. im linking you!

    btw, i kinda prefer ur previous header. hehe :p

    ReplyDelete
  9. tq~!! i'm linking u too!

    gaga tu la pasal, the new header nampak macam pelahap habis!

    ReplyDelete

Post a Comment