Ayam Malas Untuk Mirah





Semalam Mirah tanye macam mana nak masak ayam ni. Urm aku tak bagi nama oh resepi ni. Korang ada idea nak letak nama apa? Dan tadi masa lunch abang aku demand suruh masak ayam ni sebab dia tak puas hati depat makan seketul je hari tu. So tadi aku pon masakkan la ayam ni untuk dia. Alang-alang tengah masak tu, baik buatkan terus resepi ni untuk Mirah.

Jadi apa lagi? Mari memasak bersama Yan!

Bahan-bahan:








1. Bahan untuk dikisar ialah bawang putih, bawang besar, bawang merah, serai, halia dan cili api. Aku sebenarnya main taram je nak taruk bawang semua ni berapa bijik. Macam tadi aku potong bawang sambil tengok tv, sekali dah terpotong banyak. Dah alang-alang potong tu, aku masuk je la semua sekali. So, ikot awak la eh Mirah nak taruk banyak mana. Pandai-pandai la agak sendiri.

2. Urm yang ni pulak daun limau purut (ke limau kasturi? Aku pon tak sure. Hahaha!), bawang besar yang dipotong bulat-bulat dan cabai hijau. Kalau nak guna cabai merah pon tak de masalah.

3. Ayam, ikot lah nafsu nak masak banyak mana.

4. Lada hitam. Yang aku punya ni, fresh lagi. Kena hancurkan sendiri. Kalau suke pedas taruk la banyak-banyak. Jangan sakit perut sudah.

5. Garam, gula, sos tiram dan kiub ikan bilis. Urm minyak masak sekali. Dan air.



Cara-cara nak masak:







1. Mula-mula, tumis segala bawang yang dah dikisarkan tadi.

2. Tumis sampai wangi dan kering macam dalam gambar tu.


3. Bila dah wangi, masukkan ayam. Kacau-kacau bagi rata.


4. Lepas tu masukkan air, garam, gula, kiub ikan bilis, lada hitam, sos tiram dalam 3-4 sudu besar dan daun limau purut.

5. Gaul-gaul bagi rata. Tutup biar dia masak.

6. Bila dah masak, masukkan cabai dan bawang besar yang potong bulat-bulat tadi tu. Siap! Senangkan? Hoyeaah!


Benda ni tak de la sedap macam ayam kat Kenny Rogers tu, tapi ok lah bagi aku.Tambah lagi bila taruk daun limau purut tu, memang semerbak harum baunya. Mungkin selepas ni Christian Dior patut buat perfume yang inspired dari bau daun limau purut ni.

Macam mana, senangkan? Sumpah senang gila. Lagi-lagi kalau malas nak masak bende yang remeh-temeh. Yelah aku ni kan pemalas. Hahaha!

Selamat mencuba Mirah! Bagi lah si Aufa makan, silap-silap dia terus ajak kahwin.

*gelak guling-guling*

Mungkin aku nak namakan resepi ni sebagai Ayam Limau Purut. Tak pon Ayam Si Pemalas.




Comments

  1. Ayam Yan, Yin & Yang?
    Ayam cekeding?

    ReplyDelete
  2. lol ayam tu sehat je ouh. btw aku nga edit ms ko ni. ko jgn gatal2 nak log in. aku jentik nanti

    ReplyDelete
  3. apasal masa tumis tue kaler hijau oh? rasa pelik jer.. nampak mcm wasabi jer..

    ReplyDelete
  4. cabai tu cili yang besar-besar tu, yang i masuk kan sekali ngn bawang besar bulat-bulat tu. lol i panggil cabai. u panggil apa?

    ReplyDelete
  5. Dia panggil cili besar kot. Asal tak Ayam untuk Syaza oh. Ko sayang aku kan. =B

    ReplyDelete
  6. oh ye ke? ala cabai kan senang. satu patah perkataan je.

    syaza tak mintak resepi, so tak de la nama syaza. lol

    ReplyDelete
  7. Xpe Syaza. nti aku bg resepi megi goreng utk hng

    ReplyDelete
  8. wawawawa sweet nye awak!
    tulis post ni untuk kita ek?
    hahaha~ thanks awaak!
    kite nak print resepi tuh!! :D
    haha! sure heboh satu rumah if kite yang masak.
    awak sgt sweeettt! thanks again :D

    p/s : bagi la nama dia : AYAM MASAK MIRAH :))

    ReplyDelete
  9. gle r....yan blh bwt rancangan memasak tru blog skrg...hehe...good job yan... =)

    ReplyDelete
  10. hurrmmm...nampak lazat..
    lepas ni boleh lah bukak restoran :)

    ReplyDelete
  11. daun limau purut tu mmg selalu buat lauk bau sgt sedap! oh yanto masak sampai bau ke sini tau!errrmmmmmm......nak cikit?

    ReplyDelete
  12. @mirah and timah: haha kita tengah rajin act
    @anis: bukak restoren? amboi~
    @dilos: tula bau limau purut sedap!

    ReplyDelete
  13. bagus2...boleh try la nanti....
    i dah bosan makan benda yg sama je...
    hahaha....

    ReplyDelete
  14. hahaha....
    kalau ada resipi baru lagi passing2 la....

    ReplyDelete

Post a Comment