Merisik.

8:59 PM








Alhamdullilah, semalam kawan aku seorang melangkah setapak ke alam perkahwinan bila kekasih hati masuk merisik.

Aku dipaksnya datang pada pukul 10am pagi, konon-konon nak suruh tangkap gambar. Aku agak depressi sebab 2-3 jam sebelum pergi abang aku kata nak pinjam SLR aku, ambil upah tangkap gambar orang bertunang katanya. Maka dengan muka masam mencuka aku hulurkan bag SLR aku.

Aku pun pukul 9 dah bangun, dalam pukul 10.15am dah terjojol depan pintu rumah dia. Bila mak dia kata dia tak mandi lagi, mendidih darah ni dibuatnya. Baik aku tidur je tadi. Nasib si Lieya ni pon ada SLR, malangnya Canon. Sudahnya aku yang bercam-whore. Haha.

Around 12.30am baru rombongan lelaki datang. Bila aku tahu 6 kereta yang datang, aku macam, ni merisik ke apa? Haha, macam bertunang je.

Apa-apa pun tahniah sebab dah nak bakal menjadi isteri orang. Tak sangka kawan aku dari sekolah rendah ni dah matang dan membesar. Buat aku rasa tua je.

Semoga berbahagia Lieya, doakan ada orang masuk merisik aku juga. Eherrrm.











You Might Also Like

2 comments

  1. Saya tengok ada yg angkat tangan tu. Apa doa yg di baca dan siap yg bacaq doa. Ada pak imam ke diantara yg hadir tu? Tahu lah doa Selamat - macam mana bunyi nya. Bahasa Melayu ke bahasa Arab?

    ReplyDelete