Ayam Ke Daging?

11:58 PM



Mak menjerit dari bawah.


Mak: Zuriani! Turun Mak Cik Liza belikan Pizza Hut.

Maka aku yang sedang baring menonton 90210 dengan tangkas berlari-lari anak turun ke dapur dengan mata yang bersinar-sinar.

*ambik pinggan*

*ambik 2 slices*

*bersila depan TV*

Aku: Abah gi mana?

Mak: Abah dah gi Johor dah. Esok baru balik.


Lalu aku pon dengan rakusnya melahap pizza ibarat tak makan seharian sedangkan tak sampai 30 minit yang lalu aku baru je lepas melantak ayam 4 ketul.

*burp*

Damn.

Aku tak mampu nak habiskan slice kedua.

Aku: Mak habiskan yang ni. Kenyanglah.

Mak: Ala mak dah makan 2 keping dah.

Aku: Sikit je ni.

Mak: Bak la sini. Selalu je makan tak habis.


*sengih sambil hulur pizza*

Aku pon meneguk air Vanilla Coke dengan rakusnya.

Mak: Urm, ni pizza ayam ke daging?

Aku: Ler dah makan licin baru nak tanya ayam ke daging? Beza kot rasa dia.

Mak: Tak de lah. Tadi mak rasa macam daging. Ni dah rasa macam ayam. Ni ayam ke daging?

Aku: Ntah, tak tahu. Ani main telan je. LOL.

Mak: =_____=”

Lalu aku pon naik la ke atas untuk meng-google. Hasilnya seperti dibawah.





Chicken or beef topping?

Errrrr.

Tak dapek den nak menolong.


Kalau datang allergic sebab termakan ayam, menggaru je la mak aku malam ni.



You Might Also Like

5 comments