Nasi Minyak

4:59 PM





Hari ni hari Sabtu.

Nasi minyak! Nasi minyak! Nasi minyak!


Mak: Tak masak lunch?

Aku: Malas. Mak ada nak pergi kenduri kahwin depan rumah kan?

Mak: Haaa, ada. Kenapa?

Aku: NAK IKOT!!

Abah: Selama ni malas nak gi wedding? Panas la, malas pakai baju kurung la.

Aku: Saje, nak makan nasi minyak. Kempunan.

Mak: Hahaha.

Abah: =____=


Maka aku dengan bersungguh-sungguh iron baju kurung, mandi dan bersiap-siap semua.

Dalam kepala aku cuma ada satu.

Nasi minyak! Nasi minyak! Nasi minyak!


Mak: Naik kereta ke? Jalan kaki je la, depan ni je kot.

Aku: Panas la maaaaak. Naik kereta jeee laaaa.


*start engine*

*pasang radio*


Nasi minyak! Nasi minyak! Nasi minyak!

Lah memang dekat betul. Tak sampai seminit dah sampai. Aku pon parking dan cepat-cepat tarik tangan mak aku.

Aku: Mak, ni kalau tak de nasi minyak ni ,bapak depressi.

Mak: Isssh kamu ni orang dengar buat malu je. Macam tak cukup makan.

Aku: Memang la cukup makan. Cuma dah lama tak makan nasi minyak


Ketika mak aku sibuk mencari tuan rumah untuk bersalam-salaman, ada orang tepuk bahu aku.

"ANI!!!"

Oh untuk pengetahuan pembaca sekalian, orang kat Tapah panggil aku Ani. Hehehe. Aku pon pusing belakang. Oh kawan aku masa sekolah rendah.

Afendi: Ehh Ani, kau balik pulak?

Aku: Haa aku tengah cuti ni haaa. Hehe. Kau kenapa ada kat sini?

Afendi: Laaa yang kahwin ni kawan kita kot masa sekolah rendah!

Aku: Erkk. Ye keee?

Dan tiba-tiba sekumpulan perempuan menjerit nama aku.

"AANIIIIII"

Lah ni siapa pulak. Aku mula cemas bila 3 orang gadis berbaju kurung berjalan laju ke arah aku. Damn cepat Yan, refresh memory, ingat nama cepat.

Urmmmm.

OK. Tak ingat.

Kawan Lama 1: Haaa Ani ingat aku lagi tak?


*aku sengeh*

Aku: Haaa aku ingat muka, nama tak ingat laa.

Kawan lama 2: Kau cuti ke Ani?

Aku: Haa, aku cuti. Hehe. Eh aku nak minta, diri jap, aku datang ngan mak aku ni.


Nasi minyak! Nasi minyak! Nasi minyak!

Sambil makan nasi minyak, kepala aku sibuk memproses data. Wow. Kawan aku baru berumur 22 tahun dah kahwin.

Wow.

*bangun untuk tambah nasi dengan ayam*

Sedang aku duduk, tiba-tiba kawan aku datang.

Kawan Lama 1: Ani, aku nak balik dah.

Aku: Oh nak balik dah? awal nya? Kau datang dengan siapa?

Kawan Lama 1: Aku datang dengan suami and anak aku.


Hampir tersembur air sirap dalam mulut aku. Aku salah dengar ke ni?


Aku: Anak dengan suami? Bila kau kahwin?

Kawan Lama 1: Lama dah, 2008 dulu. Anak aku dah setahun setengah dah. Aku mintak diri dulu eh?

Aku: Haa. OK.


Wow.

Aku impressed.

2008?

Wow.

Sesungguhnya aku kagum dengan kawan aku tu. Muda-muda dah ada anak. Ada tanggungjawab semua.

Honestly, I can't even imagine myself being a mother. Not now, not in 5 years.

Well today is more than nasi minyak I guess.

Aku: Mak, kalau adik kahwin tahun ni macam mana?

Mak: HAH?? APA DIAAAA???!

Aku: Hehehe. Gurau laaa, rileks laa maak.




You Might Also Like

4 comments

  1. Haaaaaaaaaaaaahahahahahahahahahahahahahahaha!

    Nasib baik la mak ko bukan tengah makan nasi minyak, kalau tak boleh tersembur nasi, keluar ikot hidung.

    ReplyDelete
  2. hahaha jangan, abang aku pon tak kahwin lagi.

    ReplyDelete
  3. my friend, last december baru kawin. at 19.

    at 19.

    now dah 3 months pregnant.

    ReplyDelete
  4. at 19 i still tidur dengan my mom.

    oh wait, i'm still sleeping with my mom til today.

    lol

    ReplyDelete