Eh, Dah Cuti!

12:19 AM




Akhirnya azab exam tamat tadi. Walaupon paper agak mem-vavi, tapi aku tak kisah dah. Yang penting sekarang exam dah tamat dan saya sudah merdeka. Untuk tiga minggu jer la pun. Haha. Penah pulak kan MMU ni nak bagi cuti lama-lama.

Sedih gila.

Ini semua gara-gara paper supp. Kalau tak dah seminggu dah aku bersenang-lenang menternak lemak kat rumah. Tak pasal-pasal aku jadi penunggu kat Crescent ni.

Bila exam dah habis macam-macam benda aku nak buat. Nak bercucuk-tanam kat rumah, nak menjahit, nak memasak, oh dan yang pasti nak bermesra dengan D80 aku. Dah sebulan tak sentuh. RIndu gila kot.

Tapi walau sehebat mana pun aku berangan nak buat semua benda tu, aku akan end up tidur sepanjang hari atau pun baring mengadap Facebook.

Dan esok aku akan membalas dendam nak tengok movie. Marathon movie esok!

Jyeaah!

Avatar in 3D dan Sherlock Holmes. Kali ni confirm ada tiket. Sebab Zainal dah beli awal-awal tadi. Dah penat dah semangat sakan nak tengok movie, sampai cinema tengok orang beratur panjang gila. Haih. Kesian aku. Ini semua salah Golden Screen Cinema yang tak reti-reti nak update website. Dah berbulan tapi still tak boleh nak buat online reservation.

Nais.

Oh, aku baru tahu kalau bertunang kena ada hantaran. Haha. Kalau nak tahu abang aku akan bertunang 10hb ni. Tadi mak call bising tanya kenapa tak balik lagi, dia nak ajak shopping hantaran.

Haih.

Punah harapan nak bermesra dengan katil. Aku bukan tak nak balik, tapi malas nak packing. Esok la baru balik. Haha. Aku kalau balik weekend pon bawak balik barang sampai penuh kereta, tiga minggu ni, lagi la.

Apa-apa pun, happy holiday peeps!




You Might Also Like

2 comments