Tekak Anak Raja

8:59 AM




Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.


Aku tak boleh tidur lepas sampai dari Tangkak pukul 4am tadi. Aku golek kiri, golek kanan. Terlentang, meniarap, tapi tak boleh nak tidur. Sudahnya aku berjaga sampai pagi menghadap laptop.

I’m not a morning person, so I rarely have breakfast. But since aku tak tidur, bila pukul 8am je, perut aku dan berbunyi. Nak tak nak terpaksa bangun dari bungkusan selimut, merangkak bangun dari katil dan turun ke dapur.

“Breakfast apa mak?”

“Tadi Pakcik Zan belikan mee goreng”

Mata aku tertumpu pada mee yang sudah terhidang di dalam pinggan.

“Ni sape makan tak habis ni mak?”

“Tu abah punya, dia makan sikit lepas tu dia tak nak.”

“Oh, adik makan yang ni je lah.”

Aku pun duduk dan tarik pinggan mee.

Suap sesudu.

Kunyah.

Telan.

Mengeluh.

Tolak pinggan.

“Hah, kenapa tak habiskan?”

“Tak sedap langsung. Tak reti masak tapi nak jugak jual.”

Aku buat muka stress. Perut lapar ni.

Mak tarik muka.

“Haih, anak bapak sama. Tekak anak raja. Tunggu jap, mak tengah siapkan soto.”

Aku sengih.

Nak buat macam mana?

Aku memang cerewet bab-bab makanan ni. Bagi aku, aku tak kisah makanan tu murah ke mahal ke, janji sedap.

Kalau aku makan di luar, and makanan yang aku order tak sedap, memang aku akan tolak ke tepi. Jangan harap lah aku nak habiskan.

Like father, like daughter eh?



You Might Also Like

4 comments

  1. awak!kite pun sebenarnya agak memilih bab2 makan ni.kalau mahal sekalipun xpe, janji sedap. :D

    ReplyDelete
  2. oh saya pun tekak anak raja jugak lah. hurm.

    ReplyDelete
  3. kalau berdasarkan ibu saya, maka begitulah =D

    ReplyDelete