Vavi Vetol

11:20 PM



Adalah satu malam ni aku pergi Alamanda. Nak cari barang. Aku tak suka sebenarnya nak pergi Alamanda ni. Sebab, alah alang-alang baik lajak gi Mid Valley kan? Sana banyak sikit kedai. Boleh cuci-cuci mata sikit.

Tapi yelah sebab hari Ahad, aku pon bangun dah nak malam. Tiba-tiba mak suruh pergi beli barang. Sebagai anak yang baik, aku turutkan jelah. Janji bagi upah Mc-Flurry, suruh pam tayar keretapi pon tiada masalah mak.

Maka aku pon dengan tegar nya, dengan tak mandi, tapi dah gosok gigi dan cuci muka. Pergi lah ke Alamanda. Oh, jangan risau, sempat sembur perfume Mont Blanc abang sebelum keluar rumah.

Hurm. Wangi, tapi bau lelaki.

Gasak.

Adoi sampai Alamanda, sakit otak nak cari parking. Pusing-pusing baru jumpa. Masuk dalam, orang tak nak ramai. Aku nak cepat ni, berbulu betul bila orang penuh kiri kanan. Aku pon pelik kenapa mak bapak bila gi mall, sibuk la nak angkut anak-anak diorang yang kecik halus tu sekali.

OK lah kalau ia pon nak bawak, dukung la budak tu. Ini tak, dibiarkan berjalan berlarian dengan gembira. Dah la kecik, kang kalau terpijak, marah.

Haih.

PMS ni. Sumpah.

Dah beli-beli barang semua. Cepat-cepat nak balik rumah. Masuk kereta start engine. Pasang lagu. Ok, jalan.

Tiba-tiba aku perasan kat traffic light, mamat sebelah usha-usha. Senyum-senyum, jelling-jeling kat aku. Lepas tu tunjuk-tunjuk aku kat kawan dia.

Eh, bau aku sampai kereta sebelah ke? Wangi je aku rasa bau perfume.

Haih. Abaikan.

Lepas tu, dekat traffic light satu lagi, mamat kereta sebelah usha-usha lagi. Haih ni la dia lelaki melayu ni. Pantang nampak perempuan, mulalah nak menggatal.

Ok. Cool. Buat bodoh je Yan.

Tiba-tiba, kawan sebelah dia turun tingkap. Lepas tu buat signal suruh turunkan tingkap. Aku dah cuak. Tolong lah jangan rompak aku. Aku ada duit cukup-cukup nak beli Mc-Flurry ni bang.

Dia buat signal lagi suruh turun tingkap.

Haih.

Aku pon mengeluh sambil turunkan tinggap. Susah betul jadi perempuan ni. Semua pon nak kacau.

“Kenapa?”

Ceh, habis sombong ah suara aku. Konon-konon jual mahal.

“Urm adik. Maaf mengganggu. Tapi adik lupa pasang lampu kereta.”

Alamak.

Macam mana pulak boleh lupa ni!

Vavi vetol.

Sumpah masa tu muka aku dah merah macam warna baju kelawar favourite aku.

Damn.

Tulah. Perasaan sangat nak mampus.

Aku hanya tersengih. Dan bila lampu hijau, aku pecut laju-laju tak tengok belakang dah.

I hate you Alamanda.

Pffft.



You Might Also Like

9 comments

  1. lupa pasang lampu kereta tu benda yang selalu dilakukan oh.

    ReplyDelete
  2. parking kat mall ada lampu, tu yang lupa nak on tu.

    ReplyDelete
  3. hihi..
    tulah..
    jgn pk bukan2 beb...
    kan dah malu sndiri:p

    ReplyDelete
  4. @Gad haha siot je kau
    @Syafiq semua orang pon akan pikir bukan2 oh

    ReplyDelete
  5. suci niat mereka. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. i agree dgn u yg tang knape nk gi shopping mall bwk anak2. hahaha

    ReplyDelete