Sajak Orang Demam

3:47 PM







Lantas,
Aku membuka mata luas,
Mencari tempat melepaskan lelah,
Terduduk terus diatas rumput,
Basah dan berwarna hijau,
Kamera ditangan dipeluk erat,
Sambil menikmati Jus Orange,
Enak.

Lantas,
Aku membuka mata luas,
Melihat tag harga di botol jus,
Harganya mahal,
Dua kali ganda mahal daripada harga biasa,
Tapi aku tak peduli,
Aku dahaga,
Penat seharian di pesta,
Terduduk terus aku,
Lesu,
Seperti tiga teman ditepiku,
Mereka juga lesu,
Tapi masih asyik melayan celotehku.


Lantas,
Aku membuka mata luas,
Memandang cahaya-cahaya lampu indah,
Beraneka warna,
Seketika aku tersenyum,
Tatkala kenalan melintas lalu dan menyapa,
Aku melambai mesra.

Lantas,
Aku membuka mata luas,
Memandang jauh kehadapan,
Mencari wajah-wajah yang mungkin aku kenali,
Di dalam lautan manusia,
Hampa.

Lantas,
Aku membuka mata luas,
Memandang ratusan cawan-cawan plastic,
Bertaburan diatas rumput,
Mencemari pemandangan malam yang indah,
Aduh,
Mungkin air didalam cawan plastic itu,
Lagi murah harganya daripada Jus Orange,
Hati sebal mengenangkan pembaziran,
Yang telah dilakukan.

Lantas,
Aku membuka mata luas,
Memandang kerenah dan gelagat manusia dikeliling,
Ada yang bergelak ketawa bersama rakan-rakan,
Ada yang begitu ralit dengan telefon masing-masing,
Ada yang tekun mengabdikan gambar suasana di pesta,
Ada yang merakam aksi bintang rock pujaan di atas pentas,
Yang diterbangkan jauh dari seberang lautan,
Ada yang menyanyi,
Ada yang menari,
Asyik mengikut aliran muzik yang sedang ke udara,
Aku turut mengoyangkan kepala mengikut rentak,
Terhibur.

Lantas,
Aku membuka mata luas,
Segerombolan manusia,
Aku tidak berapa pasti asal-usul mereka,
Tapi aku yakin,
Warna kulit kami sama,
Agama kami sama,
Mereka menari bergelak ketawa,
Aku tersenyum turut terhibur,
Aku tersentap,
Mata tajam,
Melihat sesuatu di tangan mereka,
Cawan plastic berisi cecair kuning,
Cawan-cawan yang bertaburan di atas rumput ,
Basah dan berwarna hijau,
Kini ditangan mereka,
Air kuning didalamnya berkocak-kocak,
Mengikut rentak tarian,
Aku tenung wajah mereka,
Wajah bahagia,
Wajah bangga,
Tertanya-tanya didalam benak,
Mana hilangnya perasaan takut?
Mana hilangnya agama?
Aku hanya mampu meneguk Jus Orange,
Sambil menahan seribu juta rasa.

Lantas,
Aku membuka mata luas,
Bersyukur kerana tidak membeli cawan plastic,
Yang berisi cecair kuning.


You Might Also Like

10 comments

  1. panjangnya.. memang x larat r nak baca.

    ReplyDelete
  2. haah demam setelah berpanas dan berhujan. ahaha

    ReplyDelete
  3. hoho.

    feeling betul sajak nih. mendalam. hahah.

    hm.. demam?

    boleh popular ni klu submit kat utusan (^_^)

    http://aloneinhome.com

    ReplyDelete
  4. haha thanks
    ni percubaan bersajak. thanks for reading and glad that u like it =)

    yeha demam, dan sangat critical. terbaring je

    ReplyDelete
  5. thanks dilos! cubaan pertama ni bersajak. haha

    ReplyDelete