Let's Fight For Our Bahasa?

3:26 PM




Dah lama rasanya aku tak mengupdate blog. Maksud aku bila aku cakap “mengupdate blog”, aku merujuk kepada post-post yang bukan sampah. Aku agak sibuk kebelakangan ini. Sibuk dengan assignment yang menggunung dan sibuk mendownload lagu. Bagi yang tidak tahu, Sabtu lepas internal hardisc aku buat hal, lalu hilanglah lagu-lagu di dalam laptop aku yang hampir mencecah 30GB. Sangat menyakitkan hati, ya aku tahu.


Dan ketika ini aku sedang menulis dalam keadaan yang terseksa. Bukan sahaja aku sedang mengalami sakit tekak yang sangat kritikal, hidung aku pon sudah mula merah menahan gatal virus selesema dan kepala aku akan sakit setiap dua tiga jam. Selain itu, aku dengan bangganya telah berjaya mencederakan diri sebentar tadi.

Moral cerita? Jangan melompat-lompat di dalam bilik sekiranya anda kurang sihat.

Aku macam tertarik nak mengulas tentang PPSMI. Aku takdelah ambil tahu sangat tentang perkara-perkara macam ni. Ya aku boleh dilabelkan sebagai katak di bawah tempurung. Aku lebih suka hanyut di dalam dunia aku sendiri. Tapi perkara ni macam menarik perhatian aku.

Aku tak pasti sama ada Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan lebih memberikan kebaikan ataupun keburukan. Itu terpulanglah kepada individu untuk menilai.

Tapi bagi aku yang mempelajari subjek Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu, aku tak nampak pon ada sebarang masalah di situ. Ya mungkin sesetengah akan mengatakan bahawa, sekiranya Sains dan Matematik di ajar di dalam Bahasa Inggeris, ianya dapat membantu melahirkan generasi yang lebih fasih bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Dan konon-kononnya dapat menyediakan diri untuk cabaran pada masa hadapan.

Hurm.

Ntah lah, aku dulu masa masuk UM, semua subjek adalah di dalam Bahasa Inggeris. Dan aku tak rasa aku mengalami sebarang kesukaran untuk mempelajari subjek-subjek tersebut, at least not because of the language.

Sebab bagi aku, Sains dan Matematik adalah subjek teknikal. Dan bila masuk ke Universiti ataupon Pra-Uni, Biology, Physics dan Chemistry adalah lebih kepada subjek teknikal. Aside from learning the scientific term in English, which we rarely use in our conversation, we are not improving English in any way.


Aku yang dah bertahun-tahun bergelumang dengan subjek-subjek di dalam Bahasa Inggeris ni, takde la pulak aku rasa Bahasa Inggeris aku dah top meletup macam orang UK mahu pon orang US. Bagi aku untuk memahirkan diri di dalam Bahasa Inggeris ini adalah dengan berkomunikasi. Aku masuk MMU ni, aku bergaul dengan orang yang datang dari ceruk pelusuk dunia. So nak tak nak aku terpaksa la jugak speaking, dan lama kelamaan aku semakin mahir. So aku rasa cara terbaik untuk melahirkan generasi yang lebih fasih bertutur di dalam Bahasa Inggeris adalah dengan membuatkan mereka untuk bercakap.

Mungkin dengan memperkenal kan subjek Public Speaking di peringkat sekolah rendah mampu melahirkan generasi tersebut?

Aku tak salahkan segelintir pihak yang melahirkan rasa tidak puas hati mereka. Mahupun mereka sokong atau pon membantah dengan PPSMI. Masing-masing mempunyai hak untuk bersuara, konon-kononnya.

Tapi bagi aku, tak perlu pon Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Rakan sekelas aku yang speaking berterabur, tapi ok je setiap sem dapat dean list. Macam aku cakap, subjek teknikal ni memang takde kaitan dengan bahasa pon. Kalau rajin buat latihan, insyaallah dapat la grade yang cemerlang.

Bahasa Inngeris tidak semestinya menjamin kemajuan sesebuah negara. Contohnya macam Jepun, Russia, France. Aku rasa pelajar-pelajar Malaysia yang dihantar ke sana diwajibkan untuk belajar bahasa kebangsaan negara-negara tersebut. Betulkan aku sekiranya aku salah.


Kadang-kadang aku pelik, macam mana pelajar-pelajar asing yang masuk ke MMU tidak fasih bertutur didalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Entah lah, orang-orang kat Jepun tu aku rasa ramai je yang tak boleh speaking, tetapi maju je negara mereka.

Dan kini, negara China semakin menguasai dunia, dan kilang-kilang daripada China yang bertapak di Malaysia memberikan kelebihan kepada orang yang boleh bertutur di dalam Bahasa Mendarin untuk di terima berkerja di syarikiat mereka. Malahan, pak cik aku yang berkerja sebagai senior engineer di Sony Malaysia terpaksa belajar bertutur di dalam Bahasa Jepun. Sekiranya bos daripada Jepun datang melawat, dia terpaksa menggunakan Bahasa Jepun.

So aku tak faham di mana pentingnya Bahasa Inggeris ni. Dan aku tertanya-tanya, bila syarikat-syarikat gergasi negara akan menggunakan Bahasa Malayu sebagai bahasa utama mereka. Kalau syarikat dari China dan Jepun boleh mempromosi bahasa mereka secara paksa ni Malaysia, kenapa tidak kita? Kita tuan tanah, kita bukannya pendatang asing.

Lagi pun, bukankah daripada dulu kerajaan mencipta slogan-slogan supaya warganera Malaysia lebih mencintai bahasa kebangsaan mereka. Jadi kenapa sekarang secara halus mahu menyingkirkan bahasa sendiri?

Dan kenapa apabila golongan-golongan yang dilatih dan dididik supaya mencintai bahasa memberontak menegakkan kedaulatan Bahasa Malaysia kini dianggap sebagai pemberontak yang mengganggu keamanan negara? Satu-satunya kesalahan mereka adalah kerana menyebabkan kesesakan lalu-lintas.

Bak kata LAT, Let’s Fight For Our “bahasa”. Ayat LAT itu sudah cukup sinis bagi mereka yang memahaminya. Tapi bagi golongan yang kurang berfikir, mereka pasti akan menyangka yang LAT merupakan peminat sejati Bahasa Inggeris.


Ada otak? Fikir-fikirkanlah sendiri. Jangan terlalu senang melatah.

Aku sekadar melahirkan pendapat aku. Terpulanglah kepada individu untuk menilai.





You Might Also Like

47 comments

  1. Nk mrtbtkn lg BM kte kne jd tech provider bkn semata2 tech user. my opinion.

    ReplyDelete
  2. yeaaah! saya setuju kata-kata anda. :))

    ReplyDelete
  3. haha tu sebenarnya LAT perli. sepatutnya "mari berjuang untuk bahasa kita" tapi LAT perli. mcm mana kita nak berjuang untuk bahasa kalau kita terlalu mengagungkan bahasa lain.

    ReplyDelete
  4. kuasai Bahasa Inggeris, PERKASAKAN Bahasa Kebangsaan

    ReplyDelete
  5. macam mana nak perkasakan bahasa kebangsaan sedangkan kat mana-mana sahaja, tatabahasa tungang langgang?

    surat khabar pun sama.

    bukan skeptikal, tapi hanya mempersoal. :)

    ReplyDelete
  6. haih bahasa melayu saya pon dah tunggang langgang. akibat hari2 bergelumang dengan BI.

    oh oh u know what, minggu lepas masa i balik ada banner kat bangi tulis

    "bunting segera! murah! harga dari kilang"

    bunting=banner

    lol

    ReplyDelete
  7. terima kasih kerana berkongsi =)

    ReplyDelete
  8. kerajaan sepatutnya melestarikan BM sebagai mn kerajaan tamadun islam n kerjaan melayu melaka melestarikan bahasa mereka.

    bukan lagi menelanjangkan lagi bahasa ibunda kita..

    klu x,tanamkan semula DBP tu dlm lubang kubur

    ReplyDelete
  9. ini realitinya:
    Pelajar di universiti IPTA (termasuk aku) banyak ketinggalan dalam pelajaran, khususnya mereka yang berada dalam bidang sains. Bukan sebab mereka bodoh dalam english, tetapi penggunaan istilah-istilah sains dalam silibus di universiti banyak terdapat dalam English.Bukan setakat istilah, tapi penerangan itu sendiri dalam Bahasa Inggeris.. Pensyarah-pensyarah sendiri mengakui kelemahan pelajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar lemah dalam subjek sains ( math aku tak tau, aku tak ambil bidang math..next year mungkin, creeps!). Bukan maksudnya kita tak boleh maju tanpa Bahasa Inggeris.. tapi Jepun dan negara2 kelas pertama lain sudah berada dalam kategori kelas pertama. Kita masih lagi dalam kategori separa maju. Mungkin ini point Tun M ketika mengilhamkan PPSMI.Ini hakikat satu.
    Hakikat dua perspektif berbeza. Pelajar yang tak betah berkomunikasi dalam English. Kenapa tak majukan saja subjek English itu? Macam mana nak majukan subjek English kalau English teacher pun berkomunikasi dalam BM sewaktu sessi P&P?
    Hakikat 3 perspektif yang berbeza lagi. Suka atau tidak, hampir suku hayat rata-rata manusia diabdikan kepada pendidikan. Pendidikan itu membina jati diri (dan jati diri itu definisinya luas, bukan hanya merangkum pada pekikan " I LAPPP U MALAYSIA" dan suka atau tidak, bahasa menjurus pada faktor kewujudan jati diri),jelas di situ. Baru-baru ini, Dr Zainal ( maaf, dah lupa nama penuh, dari UPNM di Konvensyen pendidikan tinggi tenaga 2008 ) telah mengatakan, kajian membuktikan sekurang2nya satu bahasa pupus setiap hari. Tak mustahil kalau suatu hari nanti bahasa kita akan masuk dalam kategori bahasa terbuang. Sekarang pun kita dah nampak, nah generasi yang "looked silly talking in Malay", kan?

    Kalau dulu kita belajar agama, zalim itu adalah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Maka zalimlah kita kalau membuat penilaian hanya pada satu perspektif sahaja,kan?

    Oh. Isu Pendidikan bukan isu yang boleh dipolitikkan.
    Konklusinya, dua2 ada pro dan kontra. Lihat pada realiti dan berhenti menunding jari.

    ReplyDelete
  10. hurm tu la bagi aku lagi bagus kalau subjek English tu yang ditekankan kepentingan nya. dan bila isu pendidikan dicampur-aduk dengan politik, memang samapi kiamat pon tak akan selesai.

    ReplyDelete
  11. sudah ramai cendekiawan yang lahir ketika masih belum wujudnya ppsmi.

    saya setuju dengan point anda.

    mungkin boleh diwujudkan section khas untuk Bahasa Inggeris contohnya subjek yang pernah wujud dulu - English for Science & Technology (EST)

    http://aloneinhome.com

    ReplyDelete
  12. * konvensyen pendidikan tinggi negara 2008.. tenaga pulak.

    ReplyDelete
  13. oh i didnt know that EST dah dimansuhkan. omg sangat katak di bawak tempurung saya ini. hey i think EST agak berguna la

    ReplyDelete
  14. http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html

    Pendapat Dr M pasal isu ni

    ReplyDelete
  15. aku tak nak dengar pendapat politician oh. aku nak dengar pendapat golongan2 yang akan melaksakan dan golongan2 yang akan berhadapan dengan benda ni

    ReplyDelete
  16. salam..aku amat bersetuju ngn pendapat adil dan aini hasanah tuh..mmg ade pro n kontra..xpayah la susah payah buat tunjuk perasaan.tade faedah pon..anggap je la ppsmi ni satu cabaran bagi anak2 melayu..punca anak melayu kurang fasih bahasa inggeris,sbb mereka ni kat mane2 pon akan cakap melayu..dan setakat belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris,aku berani kate yang mereka tetap akan berkomunikasi dalam bahasa melayu gak kat tempat laen..buktinya, pelajar2 universiti yang 95% subjek dalam bahasa inggeris pon,tetap akan cakap bahasa melayu gak ble berbual dengan rakan2.mereka2 yang akan kurang mahir bahasa melayu ni ialah kaum bukan melayu,itu je..kita xboleh bandingkan negara kita dengan jepun,france.dorang da maju.kita ni,dalam negara sendiri pon kaum lain yang pegang.dorang nak amek kite keje,letak syarat.yang syarat nak bahasa mandarin pon ade. itu lah antara tujuan sebenar tun mahathir perkenalkan ppsmi..jangan ikut sangat dengan2 pejuang2 bahasa melayu ni.sbb dorang ni terlalu takot untuk berubah dan mencuba dan juga emosional. "bahasa jiwa bangsa".kita kena fikir dalam2 ape maksud tu. yang apa kita kena tukar dan tunjuk2 perasaan ni ialah pak2 menteri,atau yang pangkat2 tinggi ni cakap omputeh bile ade orang temuramah. padahal wartawan saluran melayu yang tanya.kat situ kita nampak siapa yang xjiwa bangsa ni..komen aku agak merapu..sori..hehe

    ReplyDelete
  17. haha komen ko sangat panjang. adakah ini maniam yang aku kenali? aku berbangga =)

    tapi aku still tak faham dengan ayat ko oh maniam.

    "dan setakat belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris,aku berani kate yang mereka tetap akan berkomunikasi dalam bahasa melayu gak kat tempat laen..buktinya, pelajar2 universiti yang 95% subjek dalam bahasa inggeris pon,tetap akan cakap bahasa melayu gak ble berbual dengan rakan2."

    so kalau matematik dan sains dalam bahasa inggeris tetap akan melahirkan generasi akan datang yang tetap tidak pandai berbahasa inggeris, jadi apa tujuaan nya ppsmi ni? matlamat asal ppsmi memang tak akan tercapai kalau fenomena ini berlaku.

    "kita ni,dalam negara sendiri pon kaum lain yang pegang.dorang nak amek kite keje,letak syarat.yang syarat nak bahasa mandarin pon ade. itu lah antara tujuan sebenar tun mahathir perkenalkan ppsmi."

    ayat ko tu kurang jelas. aku tak faham apa yang ko cuba sampaikan dan aku makin keliru dengan motif tun mahathir.

    bagi aku la. cina ni dia maju sebab dia sedar mereka menumpang di sini. dan satu-satunya cara mereka untuk menonjol ialah melalui pendidikan. dan satu lagi yang aku perasan, cina ni walaupon bi mereka berterabur dan tonggang langgang, tapi mereka tak malu untuk berkomunikai dlaam bi. dan lama2 mereka akan jadi lebih mahir. semangat itu yang tak ada dalam diri anak melayu ni. bila dengar orang speaking, cepat2 label orang tu poyo la apa la.

    dan aku tetap rasa, maths and science in bi tetap tak akan dapat membntu pelajar meningkatkan kebolehan dan kemahiran mereka untuk bertutur dalam bahasa inggeris.

    nak bagi budak pandai cakap bi? buat english zone or english week mcm kat mrsm dulu tu. =)

    ReplyDelete
  18. yan, itu adalah sgt racist..cina adalah ppendatang? tangkap die masok ISA!! yeah2.. safwan, pada aku, x salah kalau turun ke jalan raya untuk pertahankan pendapat kita kalau pihak berkenaan tak ambil pot.. bukan xde faedah, atleast kita dpt tunjuk kt semua apa pendirian kita..pada aku ppsmi ni bukan satu cabaran kpd anak2 melayu, tp membunuh anak2 malaysia..mcm yan ckp, bile melayu ckp inggeris, oke diorg poyo.. bende ni yg kite kene tukar..tapi dengan mentaliti org melayu, adalah di tahap mustahil untuk kita tukar..hahaha.. yup, ko wat la subjek ape lepas neh dlm bahasa inggeris, student still akan ckp bahasa melayu gk.. in fact, diorg akan jawab paper spm dlm bahasa melayu gk..xde beza pon..

    Apa aku maksudkan dgn membunuh anak malaysia ialah, jgn dok bangga keputusan spm meningkat sejak dasar ppsmi ni dijalankan coz, ape guna lulus, kalau markah untuk lulus hanya 20%?kalau cm tu, aku pon nak spm lg skali..korg bygkan la nak dapatkan A berapa peratus plak? 60%? waa heaven.. serious shit, PPSMI tidak akan membantu tingkatkan kebolehan dan kemahiran dlm bi..btol kata yan..

    mcm aku kata, kuasai bahasa inggeris, PERKASAKAN bahasa kebangsaan..tp bukan dengan dasar PPSMI.. jgn lepas ni, ajar bahasa melayu dalam bahasa inggeris plak..wtf

    Adil

    ReplyDelete
  19. haah ayat aku racist oh.

    maafkan yan di atas ayat yang kurang sopan diatas. sesungguhnya aku tidak bermaksud untuk menghina sesiapa.

    cuma aku nak memuji motivasi kaum cina yang bersemangat untuk memajukan diri.

    dan safwan, orang yang turun ke jalan itu bukan lah cikgu bm atau orang sastera sahaja. atuk aku tu bekas lecturer UKM, ada phd in maths. dan dia dah tua-tua turun ke jalan. bidang dia langsung tak ada kena mengena dengan bahasa. dan kawan-kawan dia yang merupakan lecturer dalam bidang maths dan sains pon sama-sama turun padang. so hujah ko adalah tak bernas.

    macam ni la aku nak cakap. kalau matematik dan sains in bi, yang akan maju ke hadapan ialah kaum cina dan india. percayalah. dan melayu akan semakin ketinggalan. dan ok,mungkin pelajar-pelajar melayu di bandar tak akan menghadapi masalah untuk belajar dalam bahasa inggeris. tapi ko bayang kan budak-budak kampung? sedangkan matematik dan sains dalam bahasa melayu pon mereka tunggang-langgang nak belajar. ni kalau in bi, tak ke kes naya?

    aku dulu pernah sekolah kampung. =)

    ReplyDelete
  20. Ajar bahasa Melayu dlm English? Oh itu 10 tahun sebelum PPSMI pakar BM Adibah Amin dah buat.

    Satu lagi realiti. Kaum "ca ya nun alif" itu (oh harap2 tak dilabel racist.) bukanlah pandai sangat, tapi dorang rajin. Ini bukan soal mereka lagi pandai Bahasa Inggeris atau tak. Apa yang aku lihat, pelajar "ca ya nun alif" di Matrikulasi mempunyai tahap penggunaan English yang below average (sama seperti budak2 Melayu kampung) dan mereka yang dari STPM mempunyai tahap lebih tinggi (dan kalau boleh dianalogikan sama seperti bebudak Melayu MRSM yang ada English zone =p) Jadi, boleh nampak, ini bukan soal perkauman semata-mata.

    Dan, realiti lagi. Kalau nak kata melalui Bahasa Inggeris kita boleh majukan bahasa, come on. Dokter2 yang know-it-all di universiti pun masih berterabur jugak.. ( bukan mengutuk, memandangkan aku pun berterabur jugak)

    Point aku lagi: (tidak dikhususkan kepada sesiapa) Jangan melihat sesuatu pada dasarnya.. Gunakan pertimbangan anda dan mungkin suatu hari nanti kita akan keluar dr kegelapan (stereotype) ini.
    Peace!

    ReplyDelete
  21. hurm jarang la nak jumpa belajat bahasa melayu in english. ke ko maksudkan belajar bahasa inggeris dan kadang2 cikgu cakap dalam bahasa melayu?

    memang aku akui chinese ni rajin. dan sebab kerajinan mereka ni la, tak kisah la sains atau matematik dalam bahasa apa sekali pon, ianya tak akan memberikan masalah kepada mereka.

    dan nak dibandingkan dengan kita (aku bukanlah nak merendahkan melayu tetapi aku bercakap secara umumnya), nak dibandingkan dengan aku la senang cakap. kalau benda tu dah susah, dan tiba-tiba (katakanlah aku punya bi memang tahap sampah) nak kena belajar dalam bahasa yang aku tak berapa nak faham. memang aku akan tutup buku, on ps2 la jawab nya. haha

    ReplyDelete
  22. Adibah Amin tu penulis buku dan ahli bahasa..Kalau nama pena dia Sri Delima.. Among the book she wrote: COme to Class with Adibah- buku ni la ajar bm dalam english (kakak aku beli wkatu dia SPM, which was 1996 kot).. tu maksud aku. hehe.

    boleh wiki.

    ReplyDelete
  23. biarla ade english dlm science n maths,senang la ako nak carik duet lebeh nanti..ish korang nihh..hehe

    ReplyDelete
  24. haha ko pikir pasal poket ko je. tu la masalahnya

    ReplyDelete
  25. owhh.aku tataw la kalo aku silap..tapi korang kena rujuk kat sejarah la..korang ingat tu dulu ade skola aliran inggeris.ni zaman mak aku la..untuk budak2 kampung..mak aku kampung ceruk..
    tapi yang aku tgok hasil die amat mengujakan..mak aku n mber2 die amat fasih dalam bi tanpa mengabaikan bahasa melayu kat rumah..ade sorang pakcik ni keje kedai makan jek,tapi gempak gle speaking..aku pon segan..tu hasil skola aliran inggeris.maybe itu inspirasi tun mahathir mase buat ppsmi..biasa yang kita tgok orang2 yang ckap melayu xreti ni orang yang mase kat umah pon ckp bi..
    kepada yan: yang aku maksud kan 90% blaja bi,tp ble ckp ngn mber2 bm,maksudnye,walaupon blaja dalam bi,bahasa melayu xkan pupus macam dorang ckp2 tuh..itu jek..
    n bagi yang keje letak syarat tuh,aku nak cakap,kita xley jadi cam jepun guna bahasa kebangsaan 100%,xpayah penting kan bi sbb negara kita bukan orang melayu yang pegang dalam ekonomi dll.yang pegang adalah kaum laen yang majoriti besarnye,nak bahasa inggeris sebagai syarat nak keje dgn dorang.yang aku perasan,cina susah nak amek pekerja melayu yang kelulusan ipta(ini fakta) sbb kebanyakan xfasih cakap omputeh..sekian...hehe

    ReplyDelete
  26. Salam..
    Hehehhee.. Makin ramai orang memberi 'feed back' tentang isu ini.. bagus2...

    Pada asalnya, dowang membantah isu ini kerana
    1) ingin memartabatkan BM dan ingin mengembalikan bahasa melayu sbgai bahasa kebangsaan
    2) ada yang mengatakan, pelajar diluar bandar ketinggalan akibat BI dalam SN dan MATH
    3) dan ada yang sokong setiap kata2 pembangkang walaupun tiada rasionalnya

    hmmm... kalau blajar bahasa apa pun, tapi hati dah jadi batu untuk menerima ilmu, tak guna juga..

    jepun dan china adalah sebuah negara yang besar yang telah mempunyai teknologi sendiri.. sbb tuh dowang mampu gunakan bahasa dowang tanpa memikirkan bahasa asing...
    dowang duduk negara dowang pun dah selesa, tak perlu nak p US atau luar negara pun...

    tapi M'sia, adalah sebuah negara membangun dan sebuah negara yang banyak kerenahnya zaman sekrang..
    tak salah kalau nak guna BM, tapi cuba fikir balik, teknologi apa yang telah dihasilkan oleh M'sia??
    Kereta?? handphone?? peralatan elektrik?? bape banyak???
    hehehe.... pastu kita plaks kena bersaing dengan negara luar, cth terdekat, SINGAPORE.. yang sekutunya adalah US yang menggunakan BI...

    ahha...
    aku harap M'sia ni jadi seperti dulu, tenang sikit...
    skrang ni dah huru hara...
    hahaha...

    ReplyDelete
  27. @Mr. Shcomey™ aku rasa tu memang english school kan?

    ReplyDelete
  28. sori ckp la, tp ni memang akan masok bab politik dan kaum gk.. aku xmaw ckp lebih pasal politik sebab yan x bg, n pasal kaum sebab sensitif..tp pasal kaum, kita pom paham2 kn..

    kalo pasal politik, n pentadbiran negara, kita x bole nak samakan kenapa jepun boleh, kita x boleh.. kite kene pikir, jepun ade jati diri sendiri, sayangkan negara diorg sgt kuat..tp malaysia terlampau TERBUKA..kita tersilap dari awalnya, dan dh terlambat untuk wt ape2..

    sekian

    ReplyDelete
  29. ahhh jangan sekali-kali libatkan politik dalam blog aku. kerana politik yang kotor harga ikan naik. aku benci politik malaysia

    ReplyDelete
  30. xde politik pon,harga kedai mamak tiap2 tahun naek..xlame lg,harga teh o ais limau mamak same dgn yg kat secret recipe..ape alasan dorang? "secret recipe boley,nape mamak xboley..poddaahh.."..haha..ape da melalut pasal harga dan politik plak ni..weng2..

    ReplyDelete
  31. haih. ko nak lepak ni bila? nanti ym aku

    ReplyDelete
  32. Kedai mamak sgt mahal skrg.. ape kejadah nye pon xtaw? tp kami masih suka lepak di kedai mamak 3 jam seminggu atleast.. wa wa wa..

    tp seriously, xde ape yg relevan tentang PPSMI.. jgn harap kita nak sama dgn jepun dan german, puncanya dr awal2 dulu, kita x pkr bende2 neh smue.. diulangi, kita terlampau terbuka

    ReplyDelete
  33. hurm, rakyat malaysia kini tak sensitif dengan issue bahasa. mereka lebih sensitif dengan rancangan American Idol mahupon AF

    ReplyDelete
  34. Salam Kak Yan,

    Saya rasa ingin berkongsi lebih sedikit isu ini dengan lebih mendalam berdasarkan logik fikiran saya serta pengalaman yang saya ada sepanjang isu ini timbul pada tahun 2003.

    Sebelum itu, izinkan saya berbicara isu politik terlebih dahulu. Suka atau tidak politik ini sebenarnya ada dalam kehidupan seharian kita. Lantaran itu, kita tidak boleh lari begitu sahaja dengan beranggapan politik ini kotor. Politik itu tidak sesekali kotor. Politik itu suci. Nabi sendiri berpolitik dan politik Nabi itu suci dan bersih. Yang mengotorkan politik hari ini ialah politikus yang rakus terhadap kekayaan yang ingin dikaut. Ini yang menjejaskan politik itu kerana politik itu wadah terbaik bagi kita menyelesaikan sesuatu perkara dengan baik.

    Okay, berbalik kepada isu PSMI. PSMI sangatlah tidak sesuai serta tiada relevannya untuk dilaksanakan. Tak payahlah nak tipu orang lain. Jangan kerana nak menambahbaik komunikasi dalam English, maka itu Maths serta Sains dikambing hitam. Kalau nak mahu pelajar - pelajar mahir dalam English, hah, sediakan guru - guru yang berkelayakan dalam jurusan English untuk mengajar subjek ini.
    Bukan menggunakan Maths serta Sains. Maths dan Sains merupakan "bahasa universal". 1+1=2. Asid campur bes hasilnya garam dan air. Itu fakta. Guna bahasa Urdu ke, Sawili ke, Melayu ke, apa kejadah bahasa sekali pun tetap sama. Manusia faham. Tetapi memudahkan orang faham dengan lebih jelas, gunakanlah bahasa ibuanda bangsa itu sendiri. Bahasa Jiwa Bangsa. Hilang bahasa, hilang juga bangsa. Salahkah menggunakan bahasa sendiri. Hinakah bahasa sendiri? Apa salahnya? Kononnya bahasa English ni hebat. Hebat dinegara kita sajalah. Di Jepun, di German. Mana kedudukan English? Rakyat negara-negara ini lebih berbangga dengan bahasa sendiri. Kita hantar pelajar ke Jepun, Russia, Perancis. Dia orang ni yang pergi pakai bahasa apa belajar? English? No bloody way. Kawan-kawan kita di Russia belajar perubatan, guna bahasa Russia, nak tak nak, kena pakai juga. Bukan saya mengatakan English ini tidak perlu langsung. Perlu dalam urusan komunikasi sejagat. Tetapi tiada kaitan pun dengan Sains dan Maths. Ibarat mahu menyuruh kera mencabut bunga. Akhirnya bunga itu jahanam kerana anak-anak bangsa kita tidak faham apa yang diajarkannya. Dah lah tak faham English, Maths dan Sains pun terbang kemana.

    Kesian apabila melihat anak bangsa sendiri ketinggalan. Cikgu-cikgu pula menjadi mangsa keadaan. Cikgu-cikgu graduan dalam BM dan mengajar lamanya dalam BM. Tiba - tiba, kena mengajar dalam English. Kena pergi kursus lamanya, meninggalkan anak murid di kelas tanpa pembelajaran. Porak peranda. Cara sepatutnya ialah menambah baiki sukatan pelajaran English. Bukan tangkap muat apa yang patut. Bila SPM tiba, hah, turun naikkan graf apa yang patut. Kemudian umumkan kepada dunia, peratusan saban tahun Maths dan Sains meningkat. Kononnya PSMI terbukti berkesan. Saya ulangi, baiki sukatan pelajaran English. Barulah kita boleh melangkah seiring sejalan. Melestarikan dan memperkasakan BM. Kita angkat kembali kegemilangan BM sebagai mana Kesultanan Melayu Melaka.

    Sejarah tamadun Islam. Begitu gahnya ilmu mereka. Cendiakawan -cendiakawan Islam begitu rajin mengalih bahasa. Ilmu -ilmu yang agung daripada tamadun Yunani diterjemahkan kepada bahasa arab supaya dapat difahami oleh masyarakat Arab ketika itu. Sebab itu Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan. Supaya dapat kita memahami ilmu bahasa dengan mudah serta memperkayakan bahasa kita. UKM, sudah banyak menghasilkan tesis dalam BM. Ini menunjukkan keupayaan kita memperkasakan bahasa kita.

    Isu demo itu menunjukkan bahawa rakyat tidak mahu PSMI itu dilaksanakan. Bila rakyat cakap baik-baik, kerajaan tak mahu dengar. Bila rakyat demo secara AMAN. Dibalunnya dengan water canon, belantan dan gas pemedih mata. Rakyat tidak mahu anak bangsa ketinggalan.

    Saya percaya. Suatu hari nanti, BM akan terkubur sekiranya tiada siapa yang ingin mempertahankannya.

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. bila cikgu-cikgu yang mengajar itu sendiri tak fasih berbahasa inggeris, proses pembelajaran dalam kelas akan mengalami kesukaran. bukannya mudah nak terangkan subjek sains dan matematik ni. nak menerangkan supaya pelajar faham satu hal, nak berushaha menerangkan dalam bahasa yang mereka tidak begitu kukuh-kukuh asasnya juga dah satu hal.

    sudahnya yang teraniaya ialah golongan tenaga pengajar dan murid-murid. ibarat gajah sama gajah bergaduh, pelanduk di tengah mati tersepit.

    lagipun, selama ini tiada timbul apa-apa masalah yang besar dan serius apabila matematik dan sains diajar didalam bahasa melayu. malah telah mencapai kejayaan yang cemerlang.

    dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu sudah dilaksanakan sejak kemerdekaan berdasarkan ordinan pelajaran 1957,akta pelajaran 1961 dan akta pendidikan 1996.

    benda ni seolah-olah terlalu drastik. langkah yang sebegini besar dibuat dengan mengejut tanpa apa-apa perundingan dengan pakar-pakar pendidikan dan bahasa, baik buruknya PPSMI terhadap bahasa melayu dan terhadap murid-murid dan guru yang telah cukup biasa mengajar dan belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu di tidak langsung diambil kira.

    terkejutlah murid-murid, tiba-tiba terpaksa belajar Sains dan Matematik didalam bahasa yang mereka tidak begitu fasih. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

    ini adalah contoh english linguistic imperialism. sila google.

    ReplyDelete
  37. http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html#more korang patot bace nie...
    yan..aku taip panjang2 td,hilang plak..geram aku.internet2......

    ReplyDelete
  38. haha lain kali type kat notepad sayang oi

    ReplyDelete
  39. korang letak je diri korang kat mak bapak korang..
    diorang kesah ke kalo korang power BM?
    ajar la dlm bahase ape pon,janji korang mau blajar..hehe

    ReplyDelete
  40. kesah je mak aku. mak aku sebelom jadi pengetua dia cikgu bm kot

    ReplyDelete
  41. 1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

    2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

    3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu..

    4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

    5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

    6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

    7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

    8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

    9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

    • Oxygenation

    • Oxidation

    • Oxide

    • Oxidants

    • Deoxydation

    • Oxidise

    • Oxidification

    • Dioxide

    • Monoxide

    • Peroxide

    10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

    11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi..

    12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis..

    13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

    14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?

    15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan TERTINGGALLAH orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.

    16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

    17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

    18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

    19.. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

    20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

    21. SAYA BUKAN HENDAK MEMANDANG RENDAH BAHASA BANGSA SAYA SENDIRI,TAPI SAYA (KITA) PERLU TERIMA HAKIKAT SEBENAR.

    22.. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

    23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

    24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

    25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

    26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang

    ---------------------------------------------

    P/S:SAYA,SBG SEORANG BAKAL GURU, MENYOKONG DASAR INI DITERUSKAN KERANA IANYA PUNYA LEBIH BANYAK KEBAIKAN DARI KEBURUKAN, SERTA DENGAN NIAT DAN CARA YANG BETUL, IANYA TIDAK AKAN MENGGUGAT KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SBG BAHASA RASMI KITA.KENALI PPSMI SEBELUM ANDA MENOLAKNYA!!!

    ReplyDelete
  42. itu komen tun M

    Agak segan kalau kita nk mengomel pasal benda yang kita tak kenali.
    ianya macam mengetuk tin yg kosong
    nk komen, kenali PPSMI dlu
    jgn main ckp je

    ReplyDelete