Yan Balik Kampung

11:29 PM




“Jom balik kampung..”

Oh tidak.

Ayat keramat itu! Menakutkan betol.

Ok, abaikan suara tersebut. Buat-buat tak dengar, pura-pura tidur cepat.

*Paaaap*

“Adoi!”

Aku gosok-gosok peha aku.

“Dah bangun! Mandi, teman mak balik kampung jumpa atuk.”

“Ala, malas lah mak. Ajak abang la. Tak pon mak pergi je dengan abah. Romantic sikit.”

*Sengih*

“Takde-takde. Dua-dua sekali ikut mak balik. Jangan nak mengada.”

Bulat mata mak memandang aku.

Aku mengeluh panjang dan tutup tv. Bergerak dengan malasnya naik ke bilik untuk bersiap-siap.

Aku tak berapa gemar sikit balik kampung mak aku ni. Bukan apa, sebab jalan dia berlubang-lubang. So terasa macam naik kuda. Lepas tu bila aku sampai kampung je, mesti ada jutaan nyamuk menanti ketibaan aku.

Dan coverage Maxis kat sana sangat tenat. Kadang-kadang sms sampai tak boleh nak send langsung. Alah, bukan macam ada orang nak sms aku pon. Haha!

Atuk kat kampung duduk sendirian, opah aku meninggal bulan 4 tahun lepas. Bukan takde anak-anak yang ajak atuk pindah duduk sekali dengan mereka. Tapi atuk aku tak nak. Sebab dia kata dia nak pergi kubur opah tiap-tiap pagi. Kesian atuk, bila tengok gambar opah mesti dia menangis. Cinta sejati betul.

Adakah aku dapat merasakan cinta sejati seperti itu? Cinta sampai ke ajal yang masih bertahan dengan utuhnya. Siapakah lelaki bertuah yang bakal bertakhta di hati ku ini?

LOL, ayat jiwang karat habis.

Tapi takpe, ada dua orang makcik aku yang duduk dalam 10mins perjalanan dari rumah atuk. So mereka lah yang jaga makan minum atuk. Atuk ni serba-serbi tak tahu nak buat kerja rumah. Periuk nasi pon rosak. Bila dah rosak, masak nasi atas dapur terus rentung jadi arang. Mak kata dia nak belikan rice cooker baru gantikan yang dah rosak tu.

Aku rasa orang lelaki zaman dulu ni terlalu dimanjakan. Kerja rumah semua nak suruh isteri buat. Jaga anak serah kat isteri, membasuh, mengemas, memasak semua nak suruh isteri buat jugak. Bila isteri dah takde, ha baru la terkial-kial sampai nak masak nasi pon tak lepas. Aku rasa takde pon tulis dalam kitab yang isteri kena buat kerja-kerja tu semua. So tak salah kalau si suami ringan-ringan kan tulang membantu isteri kan?

Nasib bapak aku tak macam tu. Bapak aku ni boleh tolerate juga la. Tolong bersihkan rumah, masak-masak pon dia tolong juga. Aku? Aku tolong tengok. Aku kan si pemalas yang teragung sekali dalam rumah.

Oh berbalik kepada cerita asal.

Sampai-sampai je kat kampung, aku terus baring atas kerusi kayu atuk. Tiba-tiba tengah aku baring, aku rasa macam ada benda berdecip-decip kat tepi aku. Aku toleh tengok, terus aku lompat jerit-jerit lari pergi ke mak aku.

Anak ayam oh. Ada anak ayam katik kat atas kerusi tu. Nasib la aku tak baring atas dia, kalau tak kuar cirit hijau ayam tu. Aku memang geli sikit benda-benda pelik dan berbulu ni, so aku paksa mak aku alih kan ayam tu sebelum aku pijak kegelian.

Haih, geli nyah!

Ayam tu dah rosak kan mood tidur aku. Lagi pon bila aku dah bangun dari kerusi kayu selesa tu, abang aku cepat-cepat rembat kerusi tu dari aku. Lalu aku mengambil keputusan untuk merayau-rayau di keliling kampung.

Oh aku nak pergi rehatkan bontot aku yang terseksa sepanjang perjalanan ke kampung tadi. Ada siapa-siapa yang nak tolong urutkan? Gagagaga.

Berikut adalah gambar-gambar yang aku ambil tadi.








* Banyak lagi gambar-gambar lain sebenarnya. Tapi disebabkan internet selenga macam hampeh, so aku kemalasan. Nanti la aku upload.




You Might Also Like

11 comments

  1. Asal oh takot ngn ayam. Kucing ko berbulu jugak kot. Bapak ko rajin nak mampos sapu rumah. Kejap-kejap sapu, kejap-kejap lap meja. Aku pulak rimas tgk bapak kau merayau-rayau kat dapor tu.

    ReplyDelete
  2. Ayam oh. Bukan takut, geli beb geli. Hish tu bukan kucing oh, tu dah kira adik2 aku da tu. Tiap2 malam tidur atas riba bapak aku.

    Tu lah dia. Ko baru sehari duh umah aku pon ko dah rimas tengok dia. Aku lagi lah rimas. Sume benda dia nak bersih. Kalau boleh dengan aku-aku sekali dia nak lap bg bersih.

    ReplyDelete
  3. Org laki zmn2 dl x buat keje umh sbb diorg g msk hutan cr hasil owh. Keje extreme pny. kne keje rimau. gaga~

    Series ayt ko psl cinta sjati 2 lawak. aku rse mcm nk sepak ko skng gk. gaga~

    ReplyDelete
  4. haahaa lek la doh. aku pon nak berjiwangan juagk sekali sekala

    ReplyDelete
  5. haha!anak ayam takut jugak dengan mak ayam! :P
    yeah, lelaki sekarang perlu diasuh. ajal maut sape mati dulu mane kita tahu kan? :D

    ReplyDelete
  6. betul2. kita kena pastikan suami kita masuk kedapur dan sama2 membanting tulang di rumah

    ReplyDelete
  7. yan!!!! romantic nye atuk u. kan best kalau sume laki zaman skrg cmtu. hehehe.

    ReplyDelete
  8. haih laki zaman sekarang tak mati lagi pon da sibuk nak cari bini num dua

    ReplyDelete
  9. comel comel
    doakan i dapat laki cam atuk u :D

    ReplyDelete
  10. tapi atuk saya dah tua? awak yakin nak macam atuk saya?

    ReplyDelete