Remembering Saturday

12:21 AM




Semalam kawan-kawan MRSM aku datang ke rumah. Saje ajak diorang melepak sambil makan-makan. Aku terkejut jugak la bila si Nazir pon ada. Dia sms aku hari tu cakap tak boleh datang, sebab ada kem apa ntah untuk budak-budak yang nak fly ke Australia dan New Zealand. Sanggup dia ponteng kem sebab nak jumpa Gad, nak berguru pasal ilmu-ilmu memakai MacBook. Yup, Nazir beli laptop baru ok!

*muka cemburu*

Diorang sampai sumpah awal, dalam pukul 12 lebih kot. Mak aku dah menggelabah dah sebab lauk semua tak siap masak lagi. Sebab aku bagi tahu mak aku yang diorang nak datang malam. Haha.

Sudahnya end up kawan-kawan aku pon tolong masak. Si Gad masuk dapur weh, tolong kacau gulai dalam kuali. Lawak gila. Syaza pulak tolong potong-potong sayur. Aku suruh potong bawang dia tak nak, dia kata nanti mata dia pedas.

Yang lain semua pergi explore kereta bapak aku. Loq buat muka comel kat aku, nak mintak test drive cooper. Haha, memang nak sangat bapak aku bagi. Tak dapek den nak menolong.

Lepas makan, aku bawak la Syaza, Asip, Atiq, Mira, Loq pergi mandi air terjun. Gad dan Jenol tak boleh join sebab nak kena hantar Nazir balik rumah.

Mula-mula abang aku bawak diorng pergi air terjun dekat Batu 14, tapi diorang segan nak mandi sebab ramai pak-pak arab berposing tangkap gambar. So abang aku bawak diorang pergi Batu 7. Aku dengan Mira tak mandi pon, tengok dari tepi je. Bapak aku da warning dah awal-awal kat aku.

“Jangan masuk sungai eh! Tengok je dari tepi.”

*Sigh*

Seronok aku tengok budak-budak tu mandi. Macam–macam gaya ada. Ngam pulak tu diorang dengan abang aku. Bagus betol. Masa mula-mula sampai kat air terjun tu aku cakap la dengan Atiq.

"Ko nampak wap-wap tu? Ha air kat sini kat belah tepi-tepi tu panas. Boleh masak telur oh."

"Wow~"

Atiq jawab dengan nada sinis nak mati.

*tampar muka Atiq laju-laju*

Mesti dia ingat aku tipu diorang. Tapi bila diorang celup kaki dalam air, baru diorng percaya cakap aku. Loq dan Asip tak habis-habis tanya aku soalan yang sama.

"Asal oh Yan air kat tepi ni panas nak mati? Kat tengah sejuk gila."

Aku suruh diorang pergi Google jawapan tu sendiri. Konon-konon merajuk sebab tadi diorang tak peracaya cakap aku.

Malam tu lepas balik daripada mandi, kitorang buat BBQ. Loq dan Asip hidupkan api berkurun tak menyala. Sudahnya bapak aku yang ambik alih kerja menghidupkan api. Tengah aku best-best bakar ayam dengan lamb, tetiba black out. Memang romantic gila bergelap, makan tepi kolam sambil pakai lilin.

Lepas makan-makan, kitorang camwhoring kejap. Dalam pkul 12 lebih macam tu baru diorang semua balik. Aku goda diorang tido rumah aku, tapi Loq kena balik jugak sebab dia ada kerja nak buat. Soobss.

Apa-apa pun, sayang korang sebab datang! Muaaaah!











* Urm gambar-gambar lain aku upload kat facebook je. Btw, aku ingat nak tidur kat UTP la nanti. Boleh tak Syaza?





You Might Also Like

16 comments

  1. waaaaa!
    seronok gilaaa okaaay!
    nak pegi juga, tp jauh gilaaa! :(

    ReplyDelete
  2. urm bukan tanak ajak ouh maja, ko bukan boleh join pon.

    haha, nnti awak buat la bbq mirah!

    ReplyDelete
  3. haha u kat UK kot. kalau i ajak u bukannye boleh datang. buat i kecewa je =(

    ReplyDelete
  4. @faiz: hah ko aku dah ajak kan.
    @syaza: nanti aku try bodek bapak eh

    ReplyDelete
  5. kitorg dah sedapkan hati cakap "dorg mesti takleh mandi sebab hujan". haha

    ah jeles xleh join bbq.

    ReplyDelete
  6. haha, asal oh nazir nak balik awal sgt. tak pe gad nnti ko wat la pulak bbq kat umah ko

    ReplyDelete
  7. Aku kne jg budak owh. mmg xbley dtg. xpe, next time

    ReplyDelete
  8. haha asal tetiba ko kena jadi mak orng ni?

    ReplyDelete
  9. Cis dapat mandi gak korang. Aku assume hujan. Korang tak dapat mandi!!~

    ReplyDelete
  10. haha kitrg da baca doa tolak ujan oh

    ReplyDelete
  11. yan! pinjam cooper u tu boleh? heeeeee ;P

    ReplyDelete
  12. haha boleh boleh. meh sini datang rumah i

    ReplyDelete