I ♥ NZ ( Hoyeah! )

9:43 PM



Haha, jangan risau, aku bukanlah pengkhianat negara. Tajuk post ini merujuk kepada t-shirt baru aku, yang dibeli khas untuk aku dari New Zealand (pheewit!).

Dah lama la jugak aku menunggu t-shirt ni, dekat sebulan lebih. Masa Rantai Art hari tu, Juon tak bawak t-shirt ni. Tak sabar aku menanti. Haha. Dan akhirnya Rabu lepas aku dapat juga t-shirt ni. Walaupon size nya agak besar (takpe nanti aku hantar kedai untuk dikecilkan), tetapi aku suka! Gagaga.

Apa-apa pun, terima kasih Juon!


Aku rasa macam t-shirt2 macam ni, agak cool. Aku mula terasa nak kumpul banyak-banyak. Aku ada jugak kirim kat Maja t-shirt I ♥ Russia. Tapi Maja memberi alasan yang dia pon segan nak pakai t-shirt tu. Grrrrr.

Aku pon rasa macam aku tak pakai kot. Sebab sayang. Cuma sekadar nak mengumpul. Kalau ada minat yang mengumpul stem, aku plak macam nak kumpul t-shirt.

Aku rasa lepas ni aku nak kirim t-shirt2 macam ni dari kawan-kawan aku yang berada di seberang lautan.
Lagi best kalau diorang bagi free kat aku. Lagi lah aku bertambah sayang kat korang-korang sume.


Tulisan dia diperbuat daripada baldu.
Nampak mahal beb!



Hurm, aku telah di tagged oleh Nazir untuk membuat soalan survey ni. Selalu nye aku mengabaikan je tag-tag ni. Tapi desebabkan hari ni aku tengah bosan, so aku berikan pengecualian kat Nazir.



1. Do you think you are hot?

Haha! Dok aih, mana ada aku hot, aku rasa aku ni biser-biser je.



2. Upload your favorite picture of you.





3. Why do you like that picture?

Aku rasa macam mata juling aku nampak cam best dalam gambar ni. Pelik lah aku ni.


4. When do you last time ate pizza?

Last week, aku ngan abang aku pergi tapaw Pizza-Hut.
Belanja family sekali-sekala. Gagaga.


5. The last song you listened to?


Portions For Foxes-Rilo Kiley
.


6. What are you doing now besides this?


Listening to iPod, sambil mengadap notes Digital Logic Design, sambil edit gambar kat Corel Paint Shop Pro X2. Dan mulut aku penuh dengan biskut.



7. What name do you prefer besides yours?


Aku suka nama aku. Senang nak ingat. Senang nak eja. Tak bazir ink pen bila nak tulis nama kat kertas exam. Jyeah!



8. People i Tag:


1-Amirah
2-Zatey
3-Syaza
4-Dilos
5-Maja (walaupon aku tahu dia tak akan buat)



9. Who is no 1?


Roomate masa kat MRSM dulu. Merangkap supplier Kotex bila stock aku da habis.
Ouh si Mirah ni baru je menang peraduan Kotex baru-baru ni, dapat hadiah percutian ke Club Med. Aku rasa betul lah kot aku eja tu. So aku yakin Mirah memang penyokong kuat Kotex. Go Kotex go!


10. No 3 is having a relationship with?

Dia janji dengan aku nak single selama setahun. Kita tunggu dan lihat jelah.
Aku agak was-was, tapi sebagai kawan yang supportive, aku sokong dari belakang.


11. Say something about 5.


Lucu dan sabar melayan aku? Penghibur aku tatkala aku kebosanan dan kesedihan.
Dan kadang-kadang aku rasa dia ni macam tahu semua benda. Tapi kalau ada masalah cinta aku jarang cerita kat dia, sebab aku dapat rasakan dia akan gelak sampai jatuh kerusi bila aku bercerita.


12. How about no 4?


Kaki dia penah patah masa main futsal, dan nyaris patah lagi sekali sebab jatuh tangga. Dilos lain kali kalau kaki patah bagitaw yer, Yan nak conteng2 simen di kaki.


13. Who is no 2?


Rakan sekatil aku di MRSM. Tapi bukan roomate pon. Bilik dia selang satu bilik dari bilik aku. Kelas kitorang sebelah-sebelah. Aku tak kamcing ngan budak-budak pompuan kelas aku. So bila aku nak gi tandas, aku gi depan kelas dia buat signal ajak pergi tandas sama-sama. Kerja gila.

Susah senang kami harungi bersama. Aku suka rembat sambal ikan bilis dia, dan juga Maltesers yang dia selalu beli. Kali pertama aku makan Maltesers masa tu, habis satu kotak aku bedal. Yelah aku jakun. Sila la gelakkan aku.




* Ejaan 'Maltesers' telah dibetulkan. Aduh nampak sangat aku tak penah beli benda tu sampai tak reti eja. Kemot gila aku ni. Haha!






You Might Also Like

18 comments

  1. mana hang beli? i pon nak cari satu!

    ReplyDelete
  2. Oh man tanak jauh pulak. alah tak best la kalau beli sendiri, dia kena orang belikan baru best. hahaha

    ReplyDelete
  3. hahaha! amboyyy! supplier kite ni rupenya?
    sebab tu la leh jadi pemenang kem kotex kot :D
    btw, i'll so this. yeaah :D

    ReplyDelete
  4. hahaha.. tu trademark awak yang paling kita ingat ouh! selain keupayaan pitam selepas naik basikal masa training nak gi kinabalu. gagaga!

    ReplyDelete
  5. aku ada i heart kamal. kau nak?
    haha.

    ReplyDelete
  6. seram aku nak pakai, tapi kalo ko dah bg tu, aku simpan la pakai buat tido. tapi jgn termimpi2 kan ko dah lah

    ReplyDelete
  7. terharu aku kau bagi pengecualian.

    ReplyDelete
  8. serius duh yan.. x pnah jatuh kerusi lagi.. lol

    ReplyDelete
  9. haih..malang sungguh kaki saye yan...owh,kalau patah lagi next time,saye akan text yanto..boleh la design ape2 yang patut ye!hahaha

    ReplyDelete
  10. @Nazir; sebagai balasan, ko kena datang umah aku nnti!

    @Maja; aku still rasa ko gelak bila aku bercerita

    @Dilos; ahaha, bila awak da kat ovc tak dapat la kita nak conteng!

    ReplyDelete
  11. i got one too
    i ♥ goldcoast
    baldu jugak :D

    ReplyDelete
  12. dia tulis 'goldcoast' ke? panjang deh!
    haha

    ReplyDelete
  13. haha
    a'ah
    bwh tu kecik sket tulis australia

    ReplyDelete
  14. haha! yang i ♥ kl mana ntah nak cari

    ReplyDelete
  15. yan! nnt i buat. haha. i baru balik from kedahhhhhhhhhhh woo! yg KL tu cari akt central market. i pon ada. siap pakai kat UK! bangga gilaa. haha

    ReplyDelete
  16. agakla. i rasa mcm kalau kita pakai baju tu kat ovc mesti mcm wow gila. mahal tak baju tu? rm20?

    ReplyDelete