Gulai Asam Pedas, Udang Sweet & Sour dan Romlah

12:22 AM




“Krrrrbeep…”


Tidur aku terjaga apabila hp aku melalak, menandakan ada sms yang masuk. Aduh siapa pulak gerangan yang menggangu tidur aku ni. Aku memandang sekilas jam di dinding.


10.30 am.

OK, hari masih pagi. Mari sambung tidur. Aku sebenarnya tidur lambat. Pukul 6 lebih baru tidur. Tolong abang aku label t-shirt2 yang baru sampai. Banyak betul. And semua imported, tapi secondhand. Weezer, Death Cab For Cutie, Relient K, Obey pon ada kalau tak silap. Semua t-shirt2 tu dia beli dari eBay, nak jual kat kedai dia. Abang aku kata, t-shirt2 ni orang beli untuk kumpul buat collection. Walaupon secondhand tapi boleh jual seratus lebih jugak la satu t-shirt.


Disebabkan aku rasa hari masih pagi, lalu aku pon sambung tidur. Bangun-bangun dah pukul satu lebih. Lepas mandi aku capai hp, check sms yang aku dapat pagi tadi. Oh dari mak rupanya.


“Mak dengan abah keluar ada hal. Balik dalam pukul 2 lebih. Masak untuk lunch, ikan dengan udang mak dah keluarkan. Ikan masak asam pedas, udang masak sweet and sour. Sayur pandai-pandailah. Jangan tak masak, nanti abah bising.”


Ouh tidak! Sekarang dah pukul 1.40 kot!


Mana sempat nak masak asam pedas semua. Matilah kena marah. Aku dah mula berkira-kira nak pergi kedai depan taman aku untuk bungkus lauk. Aku pakai baju cepat-cepat, siap-siap semua. Kemudian aku pergi ke dapur masak nasi. Tiba-tiba aku ternampak ikan dan udang atas sink.


Ouh tidak!


Kalau beli lauk kantoi lah tak? Ikan semua dah keluar. Oh tak pe, aku ada idea baik punya. Aku capai kunci saga antik aku, lalu start engine kereta.


Aik, asal tak mahu start ni. Aku pulas kunci lagi sekali, tapi engine still tak mahu start.Tangan capai hp dial number abang.

“Tuut.. Tuut..”


Alah cepat lah angkat!


“Hello apa nak?”


Huish garang gila abang aku ni.


“Awat saga tak ley start? Aku nak kuar gi Pasaraya Kawan ni.”


“Battery dia dah weak lah bijak, kau dah lama tak guna kereta tu. Nak buat apa keluar? Gi bawak Vitara.”


“Hah! Vitara? Mana reti nak kuar parking oh! Dah la manual. Balik amik aku cepat!”


“Tak dapek den nak menolong. Dah aku busy ni. Good luck. Bye budak!”


Kurang asam punya abang. Grrr.


Nak tak nak terpaksa la aku bawak jeep Vitara. Sumpah aku benci jeep tu. Aku rasa macam nak melanggar orang kalau bawak. Masa mula-mula aku bawak jeep tu pon , aku dah langgar pasu bunga opah sebelah rumah aku. Nasib dia tak berkira sangat dengan aku. Haha. Mungkin sebab aku tak biasa kot sebab tinggi.


Berpeluh-peluh jugak la aku reverse nak keluar parking. Dah lah rumah aku ni cerun semacam. Memang kalau kenduri kahwin tak boleh buat kat rumah. Mahu senget semua meja, tumpah semua lauk. Tapi akhirnya aku berjaya reverse keluarkan kereta tanpa melanggar pasu.


Hoyeah!


Sampai je kat Pasaraya Kawan, aku tak tunggu dah. Cepat-cepat aku capai perencah Asam Pedas Maggi dan sos Sweet and Sour Maggi. Lepas tu aku terus bayar dan jalan cepat-cepat masuk kereta. Jam da pukul 2.


Sampai rumah aku terus taruk dua kuali atas dapur, satu untuk udang dan satu untuk ikan. Campak-campak semua bahan. Nasib ikan dan udang semua dah siap siang, tinggal basuh je.


Sumpah senang oh masak ikan ni. Masuk perencah, tuang air. Dah mendidih masuk ikan. Lepas sepuluh minit, masuk bendi dengan daun kesum. Aku tak jumpa daun kesum, so aku bantai masuk daun limau purut. Alah gasaklah.


Yang udang pulak, tumis bawang, lepas tu bila dah wangi masukkan udang. Bila udang tu dah merah, tuang sos Sweet and Sour yang aku beli tadi. Bila dah nak tutup api, masuk bawang besar dengan cabai.


Siap!


Dan di sebabkan aku terlalu malas nak potong sayur, aku masak sup cendawan je sebagai pengganti. Berpeluh-peluh jugak la aku memasak. Tapi tak sampai setengah jam, semua da siap terhidang atas meja. Gila cepat kan? By the time aku tengah cuci-cuci periuk belanga, mak dan abah balik. Tersenyum lebar mak bila tengok makanan dah terhidang.


“Amboi bagus nya anak mak, sedap nya bau. Ni yang mak sayang ni.”


Hihihi. Mak tak tahu aku guna perencah segera je semua ni.


Terima kasih Maggi!


Ok lah, aku nak sambung membaca. Aku sekarang tengah baca novel Romlah: The Untold Stories. Tu novel Maja sebenarnya, dia mintak tolong aku belikan untuk dia. Menurut mak aku, buku tu baru sampai pagi tadi. Cover dia macam menarik, tapi isi kandungannya tak tahulah aku nak cakap. Aku pon tak habis baca lagi.

*Jari-jemari Yan berhenti menari apabila mendengar mak bercakap-cakap dengan kucing*

Haihhh. Cakap dengan kucing pon jadi mak aku ni.

*geleng-geleng*

Nanti bila dah habis baca, aku buat review okeng. Tinggal dua, tiga muka surat je lagi. Buku ni pon nipis je. Serious shit nipis, komik Doraemon lagi tebal.




You Might Also Like

16 comments

  1. aku beli sebab cover cantik jer.

    ReplyDelete
  2. cover dia sexy ouh. nasib mak aku tak rasmikan dulu buku tu. kalau tak mesti dia ingt aku pervert. lol

    ReplyDelete
  3. gila tere yan!!!msk stgh jam ja...mak2 pro pon xleh buat..respek ah...

    ReplyDelete
  4. haha tak de lah. ikan sume da siap siang. bendi terus campak je. tinggal potong bawang sikit2 je
    hehe

    ReplyDelete
  5. yan! u mmg xleyh blah ok. mana u buang sume plastic2 perencah tu? haha

    ReplyDelete
  6. Kalau camtu ko pon bole jadi pandai masak Juon.

    ReplyDelete
  7. yan oh yan! mak yan same ngn mak kite la..suke cakap ngn kucing..yang x boleh blah tu,die bleh panggil diri die ibu...contoh: "memeng dear,come to ibu come.."hahahahaha

    ReplyDelete
  8. @zatey: ala i buang je la dalam tong sampah. bukan mcm my mom curiga ke apa ke

    @faiz: tengok syaza dah jeles. gaga

    ReplyDelete
  9. @dilos: kita jeles oh tengok kucing dua ekor tu. manja gila. mandi mak kita mandikan. todi pon atas riba bapak kita. ah benci!

    ReplyDelete
  10. kucing ko minum todi ata riba bapak ko?

    ReplyDelete
  11. ouh typo duh. maksud aku, tido di atas riba bapak aku. ko ni maja!

    ReplyDelete
  12. wwwooooww!
    pandai gilaaaa masak kaaay!
    kalo kite, sure dah give up! seriussss :P

    ReplyDelete
  13. haha kalau give up nnti kena marah!
    how was langkawi mirah?????

    ReplyDelete