Alahai Cik Abang Sayang

8:14 PM




Malam semalam lepas bosan mengadap laptop online, aku pergilah turun ke bawah. Nak tengok CSI hajat di hati. Tengah-tengah tengok CSI halfway, tiba-tiba perut aku berbunyi. Uish dah pukul 12 lebih, mesti mak dah simpan semua lauk dalam peti sejuk. Tapi aku bangun la juga ke dapur, nak tengok apa yang bolah di makan.


Nasib aku baik. Lauk masih ada kat atas meja. Aku masak ayam tumis apa ntah untuk dinner semalam, dengan kari terung. Aku main bedal je, tumis ayam, lepas tu taruk sos tiram dengan daun limau purut. Dan hasil nya boleh tahan sedap la sebab masa dinner abah makan tiga ketul. Aku pon makan ayam sampai dua ketul. Mak tak makan ayam so ada balance lagi dalam 5 ketul untuk abang.

Sambil nak tunggu nasi panas, aku sambung la tengok CSI kat Astro. Kemudian aku buat nasi campur makan depan tv. Aku amik ayam dua ketul, so ada la lagi tinggal 3 ketul untuk abang. Kari memang aku tak amik, saje simpan untuk abang.

Perut dah kenyang, CSI pon da habis. Aku pon naik bilik tidur dengan perasaan yang bahagia. Tersenyum-senyum aku tidur agaknya. Yelah perut penuh, hati mestilah senang.

Lepas tu tadi petang, masa tengah tengok tv dengan mak dan abah, kami sembang-sembang bertiga. Bincang Sabtu ni nak masak apa untuk BBQ. Bincang pasal rambut aku. Ah abah tak bagi pulak potong rambut pendek. Dia kata nanti nampak macam Doraemon. Kejam betul bapak aku ni.

*Sigh*


“Abang suka benar ayam yang kamu masak tu. Sampai habis 5 ketul dia makan seorang. Sayur pon licin, nasi semua licin.”


Mak buka mulut sambil lipat kain yang baru angkat kat ampaian. Aku tengok je, malas nak tolong. Haha! Aku memang tak suka oh lipat kain. Kalau kat MMU semua aku hantar dobi. Tak kira la baju luar ke baju dalam ke. Tapi yang baju mahal-mahal tu, terpaksa jugak la cuci tangan. Bila hantar dobi makcik tu dah lipat siap-siap. Kalau aku cuci sendiri, aku gantung je kat hanger. Tak payah nak lipat-lipat.

“Eh mana ada abang makan sampai 5 ketul mak. Semalam pukul 12 lebih adik makan 2 ketul sambil tengok tv.”


Aku sengih.


“Eh, abah pon semalam lepas kamu naik tu abah makan juga. Abah makan dua ketul jugak, lepas tu abah habiskan kari terung.’


Mak tengok abah. Abah buat muka tak bersalah.


“Lah! Maknanya abang makan seketul je lah ayam? Makan nasi dengan ayam je lah dia semalam? Eh jahat nye korang ni. Mak simpan ayam untuk abang laa..”


Aku dan abah sumpah rasa bersalah. Muka payau je dua-dua orang.

Alahai, kesiannya lah abang aku sorang ni. Tulah siapa suruh tengok bola sampai tak balik dinner.
Tapi kesian dia doh. Mesti rasa macam anak angkat.

Shit.

Takpe abang, esok lunch aku masak lagi ayam untuk kau eh! Walaupon kau campak hp kat aku semalam....

Saya janji!

*Senyum lebar tayang gigi sambil angkat tangan kanan macam budak sekolah tengah berikrar kat perhimpunan rasmi*




You Might Also Like

17 comments

  1. mesti dia makan kat luar punya.. kalau dah tengok bola kat luar..

    ReplyDelete
  2. aku rasa mcm tu jugak. tapi mak aku asyik buat aku rasa bersalah sebab makan ayam tu.

    ReplyDelete
  3. bapak aku oh bersalah. da la makan ayam, lepas tu habiskan gulai lagi

    ReplyDelete
  4. sebab aku tengah cuti. time cuti la nak makan banyak2. kan kawan-kawan?

    ReplyDelete
  5. Syaza! Berat aku dah naik oh! td aku timbang dah naik jadi.. aaaaaaa~~~~

    ReplyDelete
  6. erk? nak rasa ayam tu? takpon awk bagi resepi la? hahaha :D

    ReplyDelete
  7. betol awak nak? nanti kita bagi resepi ok!

    ReplyDelete
  8. yan!!!!!!!! bagus. semakin hari semakin mengimprovekan diri dgn masakan. saya kagum! wahh! yan, u salah. sape suruh habiskan ayam! ok, saje je nak bg u guilty!

    yan! jgn nak ckp u naik badan. sbb itu merapu! u naik ke x naik. TAKDE BEZA!

    ReplyDelete
  9. Betol 2. Naik or x naik, bdn cekeding gk.

    ReplyDelete
  10. yan cekeding!yan cekeding!hahah
    yan,yin n yang...

    ReplyDelete
  11. Dilos bley bwt lagu berjudul YAN CEKEDING

    ReplyDelete
  12. @Zatey; haha i mmg kuat makan kot. lagi-lagi kalau ayam

    @Juon; haih kalau hari2 orang kata aku cekeding, cukup sebulan aku jadi adil oh


    haha ada history ouh yan, yin n yang tu. gagaga!

    ReplyDelete
  13. hikayat yan, yin n yang.

    semalam dilos buat status kat YM yin n yang. so yan pon mcm gatal nak kacau dilos. berikut adalah ym antara yan dan dilos:


    yAn: mana yan?
    dilos: yan dimana?
    dilos: ni yan?
    yAn: nape tak yan, yin dan yang?
    dilos: hahahahahaahahahahahahahaha
    dilos: baru saya pahammmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!
    dilos: hahahahaha
    yAn: tak pe tak pe
    dilos: hahaha
    yAn: anda perlukan usaha yang lebih gigih
    yAn: lol
    dilos: sakit perut gue
    dilos: baiklah yan!
    dilos: i will!
    dilos: hahaha
    dilos: sgt lampiiii
    dilos: sendrik tulis status
    yAn: tak pe saya da taruk yan
    yAn: lol
    dilos: hahaha
    dilos: lawak lah yan ni!
    dilos: dush dush dush

    ReplyDelete
  14. hahah siot je yan!
    ni copyright reserved ni! =D

    ReplyDelete
  15. haha benda lawak kena share ouh dilos

    ReplyDelete