Aku Tengah Angau

2:52 AM



Tengah-tengah malam begini, tiba-tiba aku terasa kempunan nak makan ayam penyet. Ayam goreng yang di penyekkan dan di makan bersama ulam-ulaman serta tempe goreng bersama sambal. Lalu di makan bersama-sama nasi panas. Kalau nak sedap lagi perahkan limau di atas ayam yang garing dan empuk itu. Hooyeaaah!

Bukan takde makanan dalam bilik, tapi entah lah, hati ini terasa rindu nak makan ayam penyet. Kat Melaka dulu, ni lah makanan ruji aku. Tiap -tiap kali lunch, kedai ayam penyet tepi apartment aku tu menjadi tempat aku mengisi perut.

Haih, bila aku pergi Yogjakarta nanti akan aku paksa makcik aku masa ayam penyet banyak-banyak.








* Ayam penyet adalah masakan Indonesia.



You Might Also Like

0 comments