Aku Nak Kongsi

5:42 AM



Tengah aku duk study, tiba-tiba aku terasa nak baca blog Budu Dan Belacan. Lalu aku terbaca post ini, dan aku rasa ianya agak menarik. Aku nak share post ni dengan korang-korang semua.

I'm proud of you Kak Anna.


"Aku sebenarnya rasa kurang selesa membincangkan hal dalam nukilan sebelum ini. Semua dah besar panjang dan tau. Dan semua pon dah cukup matang nak buat pilihan. Dan ada kalanya aku lepak di tempat-tempat atau di event di mana arak ni diminum dengan bebas tanpa segan silu. Aku pulak yang jadi segan dan out of place.

Sekarang ini aku rasa begitu kerana mengutarakan hal ini. Rasa serba tak kena. Bagitau rasa tak kena, tak bagitau pon rasa tak kena. Dan aku pon pasti ramai jugak malas nak membincangkan hal sebegini kerana bendanya sensitif dan dah terlalu ramai yang buat, antaranya kawan-kawan sendiri, dan benda ni dah jadi biasa. Sama seperti jika anda tahu kawan anda tu bukan lagi dara, benda itu sudah tidak menjadi taboo, dan dah biasa. Nampaknya, isu pengharaman Yoga yang lebih penting untuk dibincangkan.

Lagi benda ni sebenarnya dah benda yang telah terang-terang dinyatakan. Jadi buat apa nak digembar-gemburkan lagi ye tak? Paham-paham sendirilah. Take it or leave, it's your choice. Seperti aku kata tadi, semua dah besar panjang, boleh pikir sendiri, bak kata Nabil 'kesayangan', lu pikir sendirilah.

So yeah, aku cuma rasa yang aku perlu menyatakan hal ini. Walaupun benda ni memang dah diketahui. Jadi, pada sahabat se-Islam yang minum tu, aku cakap kali ni je, please stop. I could really not give a damn with whatever you do with your life, as it is yours, and it is your own choice to do whatever you want. Konsep, asal nak buat jahat, buat jahat sorang, jangan ajak aku sudah. Tapi, cukuplah orang di luar sana meperlekehkan Islam, janganlah kita sendiri yang memperlekehkannya.

Nak ubah pendirian orang tentang Islam memang susah, sudahlah dengan extremist dan terrorist yang dah memberi imej yang buruk di mata dunia, jadi perlukah kita memburukkannya lagi? Nampak sangat kita ni terlalu ambil mudah dengan Islam, dan mempermainkannya. Jadi apa kata kita mulakan dengan diri kita sendiri.

Let us all stop tainting the image of Islam."



Baca dan renung-renungkanlah. Jangan terlalu mudah melatah apabila ditegur, sehingga 'membuka pekung di dada'
.



* Aku da pandai guna ayat bunga-bungaan yang bersopan. Mungkin A. Samad Said akan berbangga dengan aku kali ini.





You Might Also Like

3 comments

  1. nnt aku msg die suh die baca blog kau..

    tp aku rasa anna ade point jugak..
    sape lagi yang nak di harapkan??
    mat rempit??
    tunggu kafir malaysia ni belom tentu dorunk sedar..

    ReplyDelete
  2. Semoga kite sume dpt kembalikan zaman kegemilangan Islam

    ReplyDelete
  3. @ 2 sudu kecik: msg siapakah? yup, kak anna mempunyai point yang sangat banyak!

    @ faiz: amin!

    ReplyDelete