This Is What I Call, a Damage Control (edited version)

8:21 PM



Maaf kerana mengambil masa yang lama (takde la lama sangat pon, baru sehari aku tak online tapi dah rasa macam setahun) untuk meredakan kekecohan yang berlaku. Semalam tidur aku terganggu dengan sms-sms dari rakan-rakan. Bertanya kenapa blog aku ramai bebenar orang mencarut-carut kat 'chit-chat-chot' box aku (kesian box comel aku, satu hari dia terseksa). Ada juga yang sms bertanya pasal pesta sumpah-menyumpah di salah-satu online community terbesar kat dunia. Aku pon macam, oh meriah juga pesta di sana. Terang-terangan aku dihina dan diumpat di khayalak ramai. Tapi aku malas nak masuk campur. Biar mereka berpesta. Kawan-kawan ada juga yang panas hati bila aku diam je, ada yang sampai offer mintak password account aku semua, konon nak fire balik (mungkin aku patut memanggil mereka para sahabat, kerana sahabat tu lagi tinggi darjat nya dari rakan-rakan). Tapi aku macam, alah biarkan aja. Tak payah masuk campur.

Kemudian tadi, aku terasa macam betul ke benda yang aku buat ni? Kalau betul, kenapa aku terasa macam tertekan je. Terasa serba-salah sebab menimbulkan kekecohan. Sampai naik dua bijik jerawat aku ni ha. Kemudian makcik aku yang rock datang dari Bangi, konon nak tidur kat Cameron Highland. Tapi malang nya, hotel semua da penuh. So nak tanak dia satu family terpaksa bertandang ke rumah aku di tengah malam. Tak pe makcik, tak de hal la. Bilik kosong ada je ni ha.

Lepas tu bila tengah borak-borak kat tepi taman mak aku (konon-konon la taman, aku tak nampak sekuntum bunga pon kat situ), makcik aku bertanya..

"Tu kenapa ada jerawat tu? Semalam kat Bangi tak de pon?"

Dia ni memang pantang tengok jerawat kat muka aku, mesti nak tegur. Dah la semalam cakap aku dah makin bulat. Haih.

"Stress. Ada la dilema remaja sikit."

Kemudian mak aku tetiba datang menyelit bawak air. So macam aku terdiam kejap. Kemudian diorang duk sembang pasal zaman muda-muda. Macam mana bapak aku ngorat mak aku la. Tiba-tiba aku dah macam tak tahan dah, lalu aku bersuara..

"Adik ada blog. Semalam adik sound budak-budak yang minum arak, yang belom kahwin dah tidur bersama, buat sex sume tu lah kat blog adik. I was being general. Ramai gak yang terasa. Ada yang siap kutuk-kutuk, cakap adik ni tak layak untuk menegur. Bila dah kena kutuk tu, adik rasa macam adik tak layak pulak nak tegur-tegur diorang ni."

Mak aku dah tengok aku pelik. Makcik aku telan air dia laju-laju. Opsss. Aku ada salah cakap ka?

"Adik tak buat kan benda-benda tu? Adik jangan main-main. Mak tak bayar yuran mahal-mahal untuk merosakkan anak."

Sumpah muka mak aku macam singa. Fuh. Seram aku. Makcik aku pon da tarik telinga aku.

"Bukan la. Aduh mak ni. Balak pon tak de. Botol arak pon tak pernah pegang. Tak caya gi tanya room mate. "

Aku single duh. Dan aku lagi rela beli ayam penyet dari beli arak. Gagaga.

'Dah tu apa yang kamu rasa kamu tak layak nak tegur nya?"

Makcik aku usap-usap telinga aku. Huu.. Sakit taw!

"Tak de la. Macam adik pon bukan nya perfect. Memang tak perfect langsung lah. Ada je buat salah. Ada je buat benda-benda dosa-dosa ni. Ala, benda-benda budak-budak remaja buat. Paham-paham jelah. Tapi tak sampai level extreme la. Jangan risau, adik reti jaga diri."

Mata dah berair beb. Haha. Tahan hingus.

"Sebenarnya adik. Walaupun seorang kaki botol, atau pencuri yang nasihat adik jangan minum arak, jangan mencuri, adik tak boleh nak bongkak dengan dia dengan tanya apa hak dia nak nasihat adik sedangkan dia lagi teruk. Dia cakap benda yang betul, apa hak adik nak marah dia? Adik tak boleh hina dia. Itu fakta. Ada tulis dalam kitab. Adik nak lawan dia? Adik nak lawat kitab? Sia-sia mak abah hantar belajar kalau adik berfikiran macam tu."

Aku terdiam. Apa benda mak aku cakap ni? Kuar topik ni. Aku mula membuat muka blur. Lepas tu mak aku sambung lagi..

"Macam kita lah, bila kita dah tahu benda tu salah, tegur lah. Bukan nak tunjuk kita ni baik, tapi nak nasihat. Adik akan berdosa kalau adik tengok je orang buat salah dan adik tak tegur. Macam ni, adik dah state kan your opinion, adik da tegur kan? So adik punya tanggungjawab dah lepas. Sekarang terpulang kat diorang. Nak marah ke apa ke. Jangan adik pon join sekaki dah la. Mak tak suka. Mak rotan nanti. Adik ni da lama tak kena rotan ni."

Aku terdiam lagi dengar kata-kata yang keluar dari mulut mak. Okeng, sekarang aku dah faham. Tapi, aku amat berharap benda tu semudah itu. Mak tak faham masalah aku.

"Tapi kan mak, adik rasa macam niat adik dah di salah erti. Dan macam lepas ni dah tak de sapa nak lepak dengan adik."

Kemudian makcik aku bersuara..

"Macam ni lah, kita ni hidup bukan sebab nak berkawan. Banyak lagi nak difikirkan. Ni baru kat sekolah, bila dah berkerja, lagi banyak dugaan. Rakan-rakan? Tak perlu semua tu. Cari dua tiga orang sahabat, yang betul-betul sahabat. Yang menangis sama-sama, yang seronok sama-sama. Yang kamu rasa, tak jumpa dua tiga tahun pon tak pe. Tapi bila berjumpa balik, terasa macam baru jumpa semalam. Terasa dekat, terasa rapat. Makcik dekat U dulu, macam kamulah. Tapi lama-lama, makcik jumpa sahabat. Sampai sekarang rasa macam adik-beradik. Kamu ada sahabat tak?"

Jap, aku dah masuk U yer semua. Makcik aku salah cakap tu.

"Ada tak?!!"

"Ada.. Ada.."

Dalam kepala aku terbayang Syaza, Yun, Zatey, Maja, Sufey dan Arena. Hehe. Terasa rindu la pulak. Gagaga. Hye awak, saya rindu awak semua!

"Tapi dua orang kat oversea. Sorang kat Russia and sorang kat UK. Yang lain kat U lain. Kat MMU ada jugak. Kalau ada apa-apa, memang diorang la yang melayan adik."

Senyum lebar kat mak dan makcik. Haaa, korang ada tak sahabat? Aku ada 6!

"Dah. Tak payah pikir dah. Yang penting sekarang ni, bila adik da nasihat orang, sebaiknya adik pon berubah lah. Taw? Mak pon dulu muda juga, mak faham perangai orang darah muda ni. Lain kali kalau ada apa-apa masalah, cerita je kat mak. Padan la tadi monyok je. Sampai kena paksa makan dengan abah dia."

Haha. Thanks mak! Thanks makcik!

So kepada sesiapa yang terasa macam aku menyakiti hati mereka, mohon maaf seikhlas hati daripada korang. Bukan aku nak menghina korang dan aku sedar bahasa aku dalam post tu agak kasar. Bukan begitu cara untuk menegur orang, so jangan contohi cara aku.

But I'm not sorry for speaking out loud. It's hard, but somehow I have the guts to spill it out loud yesterday. Aku rasa tak ramai yang mampu terima hentaman yang aku terima sekarang ni. Tapi ok la, syukur, aku tak cepat melatah. Aku tak cepat terasa bila orang duk maki hamun aku. Aku rasa aku mewarisi genetic muka tebal dan hati batu. Dan aku rasa benda ni mengajar aku untuk jadi matang, untuk berfikir lebih panjang. Pheewit!

Aku pon selalu je kena tegur. Masa kat UM dulu, ada kakak depan bilik aku selalu je tegur aku bila nampak aku kuar tak pakai tudung. Sakit hati memang la sakit. Terasa jugak la macam kakak tu penyebuk, tapi tak de la pulak aku nak melenting ke apa ke. Sebab aku tahu dia cakap benda betul, diam je la. Masa kat asrama pon sama, bila cikgu duk tegur tak pakai kain dalam la, tak pakai anak tudung la, aku memang tak puas hati, rasa tercabar. Aku rasa macam nak telan je cikgu tu. Tapi aku diam kan jer, sebab dah memang tugas dia untuk menegur. Sebab pada aku la, memang kalau ada orang yang tegur kita, perasaan menyampah tu akan timbul jugak la kat orang tu. Kita akan cari kelemahan dia untuk di ungkit. Sekarang ni aku malu sendiri dengan cikgu tu, kalau aku selisih dengan dia kat KLCC aku akan jalan laju-laju. Terasa malu nak jumpa dia.

Tapi baguslah. Kalau nak harap ustaz dengan ustazah je yang menegur, susahlah. Sebab berapa kerat sangat ustaz dengan ustazah kat keliling kita? Lain lah kalau kita ni kaki masjid kaki surau, tu tak de hal. Aku rasa sepanjang aku masuk matriks, UM dan MMU ni, aku dah tak jumpa dah ustaz dengan ustazah dekat keliling aku. Cuma kat MMU ni, aku ada seorang kawan yang muda setahun dari aku. Dia ni rajin betul menegur aku. Bila dia nampak aku leka je, dia akan tegur dan perli aku. Pedih beb, aku da buat muka payau depan dia, buat-buat senyum. Bila aku study ngan dia pon, ada je lah benda dia nak perli aku. Tapi lama-lama, timbul pulak rasa segan dekat dia. Sampai sekarang ni, kalau aku rasa aku nak nasihat, aku akan call dia. Ntah la walaupon dia lagi muda dari aku, aku tak de la rasa terhina bila mintak nasihat dan pandangan daripada dia.

Aku nak tegur depan-depan aku tak reti. So semalam aku pon tak tahu kenapa aku macam tergerak hati nak bersuara. Ni nama nya benda berani mati ni. Tapi aku silap gak la, sebab menggunakan ayat yang macam kasar. Siap taruk gambar monyet lagi, aku cuak jugak kalau monyet-monyet di zoo mula berdendam dengan aku sebab guna gambar diorang. Maaf monyet!

Dan aku rasa, mungkin aku perlu belajar menggunakan bahasa bunga-bungaan selepas ini. Sedap sikit mata memandang orang cakap. Yelah nak tegur menegur ni orang kata guna la bahasa sebaik mungkin. Tu yang aku silap tu. Takpe, buku hasil karya A. Samad Said akan aku baca selepas ini. Jangan terkejut kalau selepas ni aku dah pandai bersajak.

Dan kepada sahabat-sahabat yang memberikan kata-kata semangat, aku sangat hargai jasa korang. Aku rasa yang aku ni amat disayangi. Hehe, sumpah aku terharu. Sayang korang!

Ada juga kawan baik aku yang terasa bila membaca blog aku semalam, adalah kawan MRSM aku. Tapi dia kata, apa yang aku cakap betul, dan dia tak marah aku. Aku cuak gak kalau-kalau dia marah kat aku. Tapi dia sangat cool doh! Kami siap sambung bergossip lagi lepas tu. Pasal kat MRSM dulu rajin meniru masa exam, lagi-lagi kalau subject agama. Hehe. Thanks sebab tak marah. Nanti aku belanja hang sushi king.

Ada juga kenalan di Facebook yang selama ni suka dok comment kat status aku, singgah di blog aku dan memberikan kata-kata semangat kat aku semalam. Dan aku ikot nasihat dia, we don't fight fire with fire. Thanks bebeh. Walaupon you tak pernah jumpa or kenal I, tapi you still bagi kata-kata nasihat dan semangat. I rasa macam nak belanja you sirap! I love you! Kalau you lelaki lama dah I ngorat.

Ni lagi satu. Dulu aku rasa yang mak aku tak faham aku, kalau aku citer masalah kat dia pon macam tak de point. Tapi malam ni baru aku sedar. Moms always know better. Kalau korang ada apa-apa masalah, jangan sombong dengan mak bapak, sehina-hina kita sebusuk-busuk kita, apa jugak masalah kita, diorang akan usaha untuk memahami dan menasihati korang. Terasa seram-sejuk aku semalam bila mak aku peluk aku. Betul. Aku mengambil masa 20 tahun untuk sedar semua ni. Oh man, aku dah 20 tahun duh, next year da boleh mengundi!

Oh ya, post yang 'Aku Nak Muntah' tu aku da simpan dah. Bukan aku la yang simpan, Syaza yang tolong simpankan. Internet aku semalam terlalu noob dan menyakitkan hati sampai nak load page pon tak boleh, so aku call lah si Syaza ni. Thanks bebeh! Nanti Isnin ni aku cium hang okeng?

Maaflah kepada sesiapa yang tak sempat baca. Cubalah tanye budak-budak kat 'chit-chat-chot' tu, kot-kot diorang ada save essay panas aku tu, nak buat kenangan ke apa ke. Melihat reaksi yang menghairah kan dalam masa dua hari ni, aku rasa cukup-cukup dah la tu. I tak nak blog I ni famous sangat. Nanti Perez Hilton cemburu.

Sampai di sini sahaja. Aku rasa aku dah macam nak start menulis novel dah ni. Aku nak pergi jumpa doktor gigi. Mirah, doakan kesejahteraan kita! Aaaaaaaa! Cuak sial!

Bye-bye! Muaaaah!


* Seronok membaca comment-comment di 'chit-chat-chot'. Datuk Z hang ni lawak la!


You Might Also Like

11 comments

  1. oh cik zuriani pertamanya aku bangga dengan kau. Kau berani meluahkan pendapat. Itu aku respek.

    Biasa la manusia pun ada kelemahan, kita sama-sama berusaha membaiki kelemahan kan.

    Kadang-kadang manusia ego, sebab selalu tengok pada peribadi orang yang nak bagi nasihat atau teguran. Eventhough apa yang orang tu ckp ada kebenaran.

    Apa yang baik kita amik jadikan panduan dan berusaha menjadi manusia yang lebih baik.

    Lagipun umur masing2 pun dah meningkat so we have to realise that life is not that simple and we have to make full use of it. Bila dah terlambat takda sapa boleh tolong kan.

    Ush macam bagi tazkirah la pulak. Jangan marah ye yan, terpanjang sikit komen. haha

    ape-ape pun. Smooth sailing ahead. Biasa la ombak-ombak besar tu. =p

    ReplyDelete
  2. Haha.. Tak de hal la nazir. Aku tak kesah pon diorang nak kutuk-kutuk. Anyways thanks ya!

    ReplyDelete
  3. hi yan.. i'm sorry for i've missed the previous unedited damage control post. I've read that very much controversial post,hehe. neway, like u said.. mane nak cari orang perfect kan? pelik juga, asal bila orang buat post pasal tegur benda2 yang salah, orang lain marah. Tapi takde sape pon nak hangin dalam ur bisexual post tuh..hehe. tapi tapelah yan, ignore je la all these nincompoots.wishing you all the best :)

    ReplyDelete
  4. 1 Muslim scholar once said

    "Whoever follows patience, success will follow him/her"

    Sabarlah Yan,, tnggnjwb hang dh lepas.

    ReplyDelete
  5. Seperti yang aku cakap, family mmg tempat kite luahkan segale walau ape pon akibat yang ditanggung. Seperti aku yang digrounded T___T hehe. Nazir cakap, hati panas jgn siram air panas. Kene siram air ais kosong. =B

    ReplyDelete
  6. biasalah,org kalau ditegur, bukan nak melihat pada isi teguran tu..tapi selalunya tertumpu pada si penegur..sedangkan walau seburuk mana pun akhlak si penegur, kebenaran kata-katanya yg kita kene ambil..

    kite dah baca previous post tu.kite rase ia terlalu general..boleh jadi yan tujukan kpd sesiapa je..mmg x dinafikan minum arak dan berzina tu berdosa..so takkan nak menafikan benda yg dah tercatat kat alquran kan?

    siapa-siapa je yg ade menegur balik apa2 pasal yan,mane yg baik yan ambil..yg buruk biarkan jelah..tak de hal la..haha

    peace no war =D

    ReplyDelete
  7. yan! haha. i baru baca hlf way sampai my name je. tp i promise will finish it later sbb i ada hal! tp i nak jugak bg comment. ok, this is so lawak! x psl u kena cubit. hahahaha. itu lah dia org tua tua, kot ke situ plak depa pikir. haha.

    ReplyDelete
  8. ko nye commenting system da edit?

    btw , aku rasa aku sempat baca..
    dan syaza jahat , dia dah delete..

    ReplyDelete
  9. aku edit ke commenting system? aku rasa mcm tak je
    btw asal ah commentluv tak ley guna?
    arghhh!

    ReplyDelete
  10. Syaza aku baru baca post ko.. aku kesebakan.. nak cium ko sekarang jugak!!!!!

    ReplyDelete